Ashraf Sinclair Rebah Sebelum Meningg4l dunia

Hiburan

KUALA LUMPUR – Berita sedih menimpa penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL selepas suaminya Ashraf Sinclair meninggal dunia sebentar tadi.

Pemergian Ashraf yang merupakan aktor kelahiran Malaysia disahkan oleh pengurus BCL, Doddy.

“Iya (benar meninggal),” kata Doddy kepada portal Kompas.com menerusi WhatsApp.

Menurut Doddy, Ashraf mengalami serangan jantung sebelum rebah.

“Serangan jantung,” ucapnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

You and I #bungacitralestari #ashrafsinclair #newyork

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Namun, hingga kini, belum dapat diketahui secara pasti waktu kematian Ashraf itu.

BCL, 36, dan Ashraf, 40, berkahwin pada November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.

Rakan artis di Malaysia sudah mula memberi ucapan takziah di laman IG Ashraf Sinclair

sumber : MalaysiaGazette