Gurau ‘ser4m’ sebelum berp1sah! Calon SPM dis0latkan rakan2 slps tidur tak bangun- “Tak berniat persenda agama”

BAGI calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya yang tinggal di asrama, masa yang berbaki beberapa hari lagi sebelum peperiksaan t4mat semestinya digunakan sebaik-baiknya bersama rakan-rakan.

Mana tidaknya, selepas ini mereka akan ‘berp1sah’ dan membawa haluan masing-masing dan sudah pasti tidak akan bertemu antara satu sama lain untuk tempoh yang lama.

Pada ketika inilah waktu yang ada digunakan untuk mencipta memori sebagai kenang-kenangan bersama rakan-rakan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, tular satu video di mana sekumpulan pelajar lelaki mengusik salah seorang rakan mereka yang tert1dur di surau.

“Bila member kau t1dur dekat surau tak nak bangun be like…. terus kena s0lat jnazah,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 700,000 tontonan dengan rata-rata netizen turut terh1bur dengan perk0ngsian berkenaan.

Menurut pelajar yang membuat rakaman dan memuat naik video berkenaan, Ahmad Haikal, ins1den lucu itu dir4kam ketika mereka sedang menunggu untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di surau sekolah.

Gelagat rakan Ahmad Haikal, Aidil Aiman yang terp1nga-p1nga sebaik sahaja terjaga daripada tidur.

“Memang lazimnya pelajar asrama di sini akan solat jemaah Maghrib, kemudian solat sunat hajat dan taubat… selepas itu mengaji Al-Quran.

“Selesai semua, ada sedikit masa lagi sebelum masuk waktu Isyak, jadi kawan kami, Aidil Aiman ambil kesempatan untuk lelapkan mata. Dia terlajak sampai dah masuk Isyak. Azan pun dia tak dengar sebab lena sungguh.

“Kami pun pakat-pakat nak usik dia… memang standby nak record. Acah-acah nak buat solat jnazah untuk dia. Sengaja laung takb1r kuat-kuat untuk buat dia terjaga. Mujur dia dengar. Dalam mamai-mamai tu dia m4lu-m4lu bila dah sedar kena s4kat,” kata pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Dr Ismail, Pontian, Johor ini.

Bercerita lebih lanjut, Ahmad Haikal berkata semua pelajar batch tingkatan lima 2020 di sekolahnya memang rapat dan ibarat satu keluarga memandangkan sudah bersama-sama selama hampir enam tahun.

Sebahagian daripada calon SPM 2020 di maktab berkenaan yang rapat ibarat sebuah keluarga.

“Masa inilah kita nak gurau-gurau dan cipta kenangan dengan kawan-kawan. Kalau nak tahu, ketika ini ramai yang berlumba-lumba nak belanja kawan-kawan makan. Masing-masing nak buat kebaikan sebelum berp1sah,” katanya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

Dalam pada itu Ahmad Haikal berkata dia sama sekali tidak menyangka video perkongsian mengundang perhatian ramai.

“Sebenarnya saja-saja nak rekod… ada juga kenangan lucu sebelum masing-masing pulang beberapa hari lagi. Kertas peperiksaan terakhir adalah pada 13 Mac. Selepas tu masing-masing pulang.

Ada seorang dua yang kata seolah-olah kami persendakan agama bila buat solat jnazah main-main. Tak ada niat pun, cuma nak bergur4u je.

AHMAD HAIKAL

CALON SPM 2020

“Saya pun kongsi dekat TikTok suka-suka je sekadar share konten lucu. Tak sangka pula jadi viral. Rata-rata beri komen positif dan suka tengok cara kami bergurau.

“Tapi ada seorang dua yang kata seolah-olah kami persendakan agama bila buat solat jenazah main-main. Tak ada niat pun, cuma nak bergurau je. Boleh jadi kenangan manis untuk kami tatap selepas ini.

“Bab-bab usik mengus1k ni benda biasa bagi kami. Kawan kami pun okay saja dan tak ambil hati,” katanya.


Ahmad Haikal menyasarkan untuk mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM 2020.

Bercerita mengenai persediaan menghadapi SPM, Ahmad Haikal tidak men4fikan calon pada tahun ini berdepan dengan cabaran yang besar gara-gara pandemik Covid-19.

“Lebih-lebih lagi bila kena belajar secara online. Bagi saya, memang sukar sebab susah nak faham berbanding belajar secara bersemuka.

“Tapi saya bersyukur sebab semua cikgu dekat sini memang terbaik… mereka lakukan sedaya upaya untuk bantu semua pelajar. Buat kelas tambahan, beri latihan, tips dan sebagainya sebagai persediaan,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf