Atas Permintaan Ibu Fasha Dan Aidil Nikah Mac Ini Di Perlis

Hiburan Semasa Tempatan
Pelakon Fasha Sandha memaklumkan bakal berkahwin dengan tunangnya, pelakon Aidil Aziz pada Mac ini.

Menurut Fasha kepada Harian Metro, majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan di Perlis manakala resepsi pihak lelaki akan diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

“ Saya dan Aidil memang merancang nak nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid.

“ Kami takkan berahsia. Insya Allah, saya akan berkongsi lanjut dan menjemput rakan media untuk hadir,” katanya.

Tambah Fasha, dia dan Aidil dijangka menjemput peminat pada hari bahagia itu nanti.

“ Buat masa ini belum ada sebarang persiapan kahwin kerana saya masih sibuk di set drama Patah Sayap Bertongkat Paruh dijangka tamat pada 18 Februari. Kemudian, saya ada projek lain yang menanti.

“ Berbanding Aidil, dia sudah buat sedikit demi sedikit seperti beli kain untuk keluarganya.

“ Perancang perkahwinan sudah ada, tetapi saya belum ada masa untuk berjumpa dan berbincang. Saya nak selesaikan dahulu soal kerja baru boleh fikir mengenai majlis kahwin,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia lima tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Pelakon Fasha Sandha selamat melangsungkan pertunangan bersama aktor Aidil Aziz.

Berita gembira itu dikongsi oleh portal Astro Awani menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Astro Awani juga berkongsi satu foto yang merakamkan Fasha dan Aidil di majlis pertunangan mereka.

Terdahulu, Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun lalu, namun masing-masing berselindung apabila ditanya mengenai soal cinta. 

Tahniah diucapkan buat Fasha dan Aidil.

Ini foto  dan video Fasha Sandha di Majlis pertunangan. Cantiknya!

Vide0:

 

 

Akhirnya Fasha Sandha, Aidil Aziz Bakal Ke Fasa Bertunang, Ini Kronologi Kisah Cinta Merpati Dua Sejoli Ini

Pasangan pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz difahamkan bakal mengikat tali pertunangan minggu ini dalam satu majlis tertutup, yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Andai benar seperti yang dicanang, tahniah MH ucapkan kepada pasangan tersebut. Moga dipermudahkan semuanya.

Jom, ikuti kisah cinta di antara pasangan sama cantik, sama padan ini!

1. Pasangan ini mula digosipkan awal tahun tahun ini apabila sering kelihatan bersama namun kedua-duanya mengakui mula rapat ketika berlakon sama dalam sitkom terbitan Fasha, Mamu Mami Gosip.

2. Fasha melakukan kejutan untuk ulang tahun kelahiran Aidil yang ke-31, Jun lalu dalam suasana yang cukup romantis sekali.

3. Video mesra, Fasha dan Aidil ketika berada di lapangan terbang tersebar di sosial media namun pelakon filem Nana Tanjung itu segera menjelaskan perkara sebenar terjadi ketika itu.

4. Mengakui selesa berkawan dengan Fasha, Aidil mengakui sudah bersedia untuk menggalas sebagai seorang suami sekiranya jodohnya dan Fasha sudah sampai

5. Ogos lalu, Fasha mengakui bahawa Aidil adalah lelaki yang rapat dengan kedua anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima malah kedua-dua mereka sudah berjumpa dengan orang tua masing-masing.

6. Oktober lalu, ada khabar angin mengatakan bahawa Fasha dan Aidil sudah bertunang namun pelakon drama Villa Ghazara itu menafikan berita tersebut dan terkini, kecoh bila pasangan ini sekali lagi dikatakan akan bertunang minggu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami @mymediaohsem

Foto/Instagram: Fasha Sandha/ astro awani / ridzuansandha

Sumber: Media Hiburan/ Gempak