“Awak Tak Dapat Lihat Alim Saya..”- Pakai Tudung 5 Tahun Lepas, Neelofa Kongsi Pengalaman Sepanjang Berhijrah.

Hiburan

Pengumuman berhijab secara tiba-tiba lima tahun lalu menggegarkan industri hiburan, apatah lagi Neelofa sebelum itu cukup sinonim dengan seorang yang gemar berfesyen.

Biarpun terpaksa akur sekiranya hilang punca pendapatan kerana terikat dengan pelbagai tugas pengacaraan pada awalnya, namun dia nekad.

Ulas Lofa, persediaan mendalami ilmu Islam setahun sebelum itu menguatkan hati.

“Bila saya decide nak pakai tudung lima tahun lepas, saya sudah bersedia nak lepaskan semua. Andai kata pada masa itu mereka tak mahu terima untuk Meletop dan Nona. Saya okay, itu bukan rezeki.

“Tapi apa yang membuatkan saya kuat dengan pegangan adalah, saya dah bersedia dengan perjalanan rohani selama setahun sebelum itu.

“Masa saya berumur 24 atau 25 masa itu, saya merasakan pada umur ini saya sudah ada semua. Kereta, rumah, kawan, populariti, keluarga. Semua yang saya perlukan dalam hidup.

Namun ada puzzle yang hilang untuk lengkapkan saya. Jadi saya terfikir, adalah ianya sesuatu daripada Islam? Saya hadiri kelas Quran, usrah dan saya rasa gembira,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

Bila kita ikhlas,Allah akan permudahkan segalanya❤❤ #neelofa #videoneelofa . . . *watch the full video at youtube ria x

A post shared by neelofa fans (@lofa.videos) on

Kekal tenang dengan tohmahan netizen, malah gelaran hajah yang digalas menyebabkan dia sering menjadi sasaran. Namun tegas wanita berusia 30 tahun ini, segala kritikan tidak pernah mengubah siapa dirinya.

Apa yang saya percaya, apabila berbalik kepada Islam, ianya adalah hubungan kita dengan Tuhan. Kalau awak faham benda itu, dan letak dalam otak, apa yang orang cakap, ia tidak akan mengubah atau menjentik awak.

“Awak alim bukan berdasarkan apa yang dipakai, namun ianya di dalam hati. Dan awak tak dapat lihat semua itu. Awak tak dapat lihat alim saya,” tuturnya.

 

View this post on Instagram

 

Yess..you cannot judge people by looking at their outfit or so on..and alimnya sesorang itu bukan terletak pada luaran sahaja..you can see a few examples that happened few weeks ago i think ( i’m sure you know,i’m not gonna mention here)..the only person you can judge is ‘yourself’ #neelofa #videoneelofa . . . This is to some people who love to judge by commenting with bad words/negative..we take it the positive words only❤ menegur dengan cara yg berhemah❤❤ kita semua buat salah & no one is perfect❤ . . . * rmai yg salah anggap apa yg lofa nk sampaikan,so i will tell u,lofa just cakap yg baik or alim seseorg tk 100% terletak pada luaran..ye betul menutup aurat dengan betul tu wajib but u can’t say org yg pkai tak ikut syariah tu org yg tk baik or so on..dlm hati dia hanya dia je tahu keikhlasan tu & maybe seseorg tu cuba untuk jdi yg lebih baik..that’s why cakap yg baik2 supaya org itu tak down..

A post shared by neelofa fans (@lofa.videos) on

Satu perkongsian yang cukup baik sempena bulan mulia ini.

Foto : Instagram Lofa Videos / MH