Boleh Kena K0mpaun Jika Menternak Ayam Di Kawasan Perumahan

Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) menyerbu sebuah rumah di Kuantan, Pahanag selepas didapati menternak ayam di kawasan perumahan.

Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran tetangga yang memaklumkan pemilik kediaman menjadikan laman tepi rumah mereka sebagai kawasan menternak ayam.

Operasi dilaksanakan atas aduan orang ramai terhadap penduduk di Perumahan Bandar Putra yang menternak ayam dalam kawasan perumahan. Memelihara atau menternak di kawasan perumahan adalah satu kesalahan serius kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.

Menurut Majlis Bandaraya Kuantan, menternak binatang seperti ayam atau itik di halaman rumah adalah tidak dibenarkan memandangkan ianya boleh melibatkan kesihatan awam serta kebersihan.

KRT perlu memainkan peranan lebih besar memberi maklumat kepada MBK sekiranya terdapat aktiviti sedemikian rupa di kawasan perumahan dan menjadi komuniti bandaraya yang prihatin.

Memelihara atau menternak di kawasan perumahan merupakan satu kesalahan kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan. Boleh bayangkan bagaimana penduduk terpaksa menghidu bau busuk dan lalat kerana tindakan tidak sensitif kepada jiran tetangga berkenaan.

Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan pemilik rumah berkenaan mendirikan reban ayam yang agak besar memandangkan kawasan tepi rumahnya yang luas. Dalam serbuan itu, pihak Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) telah menangkap beberapa ekor ayam yang dipelihara oleh pemilik kediaman tersebut.

Rata-rata di ruangan komen tidak setuju dengan tindakan tersebut yang dilihat sangat pentingkan diri sendiri. Tak kurang juga yang merasakan rumah terbabit seperti berada di kampung.

Di Malaysia, korang boleh kena denda kalau pelihara haiwan ternakan di belakang rumah

Memelihara haiwan dah jadi satu perkara yang cukup biasa di Malaysia ni. Paling kurang pun, mungkin korang atau jiran ada seekor haiwan peliharaan. Dengar salakan anjing dan meow kucing tu boleh dikatakan biasa je di kawasan perumahan. Tapi macam mana pula kalau dalam sesetengah keadaan, korang dengar bunyi ayam berkokok atau lembu ‘mengembu’. Ya, apa yang kitorang nak bincangkan kali ni adalah pasal haiwan macam lembu dan ayam yang sepatutnya ada di ladang dan bukannya belakang rumah korang.

Sebenarnya, ada ayam di belakang rumah bukan satu benda pelik di Malaysia ni, dan kita mungkin rasa tak kisah sangat la – sebab ayam ni tak buat masalah sangat. Tapi nak atau tak, kita tak dapat juga lari dari tertanya-tanya – sama ada boleh ke tak buat macam tu? Persoalannya, boleh ke kita bela haiwan ternakan di belakang rumah, dan sah ke perbuatan tu di sisi undang-undang?

Sebenarnya, tak ada peruntukan undang-undang sesuai yang menyentuh isu menyimpan haiwan di rumah ni. Apa yang kitorang dapat cuma bergantung kepada undang-undang kecil majlis tempatan. Sesuai dengan namanya, undang-undang kecil ni adalah undang-undang yang digubal oleh majlis tempatan dan ia cuma terpakai di kawasan majlis tu je.

Jadinya, sama ada untuk tahu tindakan ni sah atau tak, korang kenalah periksa dengan majlis tempatan korang seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) atau sebagainya bergantung kepada kawasan tempat korang tinggal.

Jadinya, kitorang pun hubungi DBKL dan ini apa yang diorang kata:

“Tak ada undang-undang tentang (binatang) ni sebenarnya.

Kita guna undang-undang kacau-ganggu (nuisance) di bawah Akta Kerajaan Tempatan.” 

Jurucakap DBKL

Dari jawapan ni, kita boleh dapat tahu yang walaupun adanya majlis tempatan, masih lagi tak ada undang-undang spesifik tentang isu ni. Bagaimanapun, dikatakan yang memelihara haiwan ternak ni boleh jadi sebagai kacau-ganggu, dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Akta ni menyatakan kacau-ganggu sebagai:

“kacau ganggu” ertinya sesuatu perbuatan, peninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejas keselamatan atau hak penduduk umumnya.

Makanya di sini, kalau haiwan berkenaan mula menjadi kacau-ganggu, untuk permulaannya pegawai majlis tempatan akan beri amaran kepada pemilik haiwan tu. Tapi, kalau pemilik tak mematuhi amaran tu, pemilik boleh didenda sehingga RM1,000 dan dipenjara sehingga tak melebihi enam bulan.

Tapi jurucakap tu menambah, ini tak bermakna yang korang boleh simpan haiwan ternak di belakang rumah, disebabkan undang-undang tak nyatakannya secara spesifik. Walaupun begitu, 1 atau 2 haiwan pun boleh dikira sebagai kacau-ganggu, jadinya DBKL tak galakkan korang simpan haiwan ternak ni.

Sebelum tu, kitorang nak beritahu korang juga yang sebenarnya ada satu undang-undang di KL yang diperuntukkan untuk lembu dan kerbau, yang dipanggil sebagai Undang-Undang Kechil (Lembu-Kerbau). Bagaimanapun, diorang kata undang-undang ni dah lama tak digunakan dan akan dimansuhkan tak lama lagi.

Sekali lagi kitorang nak tegaskan, contoh di atas ni cuma terpakai di Kuala Lumpur je. Jadinya, kalau korang nak tahu sama ada boleh ternak ayam atau lembu di belakang rumah, hubungilah majlis tempatan korang untuk maklumat lanjut.

Anda juga tak boleh buat kandang besar untuk pelihara haiwan-haiwan ni

Untuk nak elakkan haiwan tadi dari jadi kacau-ganggu, korang boleh je bina kandang besar belakang rumah kan? Dengan mengharapkan haiwan-haiwan ni tak akan mengganggu jiran-jiran.

Tapi sebenarnya, idea ni bukanlah baik sangat sebab dengan membina kandang, korang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang. Sebabnya, di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dah dinyatakan yang korang tak boleh buat aktiviti pertanian di kawasan kediaman, dan hal ni termasuklah “pembiakan dan pemeliharaan ternakan.” Jadinya di sini, korang dah sah-sah tak boleh bina kandang di rumah korang.

Kenapa pula? Bila sesuatu bandar dirancang, ada kawasan yang dah ditetapkan untuk kediaman, sementara ada juga kawasan untuk aktiviti industri dan pertanian. Maknanya di sini, korang tak bolehlah bina apartmen dalam kawasan industri, dan kes ni – korang tak boleh bina kandang di belakang kawasan rumah. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dinyatakan:

18 (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan.

Dan ditegaskan lagi sampai korang boleh didenda, dibawah Seksyen 26:
(1) Seseorang yang… (a) menggunakan atau membenarkan untuk digunakan mana-mana tanah atau bangunan yang berlanggaran dengan seksyen 18… melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya…

Ha nampak tak kesannya? Makanya, lebih baik korang tak buat kesalahan ni. Senang-senang je kena denda sampai RM500,000.00 dan kena penjara sebab bela ayam je.

Tapi, anda masih boleh simpan haiwan ni sementara waktu untuk tujuan keagamaan

Macam mana kalau simpan haiwan ni untuk sementara waktu je? Contohnya masa Hari Raya Haji, ada sesetengah keluarga akan simpan lembu atau kambing di halaman rumah diorang untuk ibadah korban. Boleh ke?

“Yang tu kena minta permit dari DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)” – Kata jutucakap DBKL

Oleh itu, dalam keadaan tertentu memang dibenarkan untuk haiwan ternak ni disimpan di kawasan rumah dan dikorbankan – selagi mana korang dapat kebenaran dari DVS.

Tapi setelah kita bercerita panjang tentang isu ni, kenapa kadang-kadang tu kita masih boleh nampak ayam berkeliaran di kawasan belakang rumah? Kemungkinan besar sebabnya kerana kurangnya penguatkuasaan ataupun jiran-jiran tak kisah sangat atau rasa terganggu dengan isu ni. Tapi kalau ayam tu mula masuk ke halaman rumah korang dan buat kerosakan – adalah lebih baik untuk korang hubungi majlis tempatan untuk selesaikan isu ni.

 

Sumber : Majlis Bandaraya Kuantan, KLV, asklegal.my

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.