“B4bi Punye Kontraktor “- Che Ta Berang Kontraktor Melayu Lari, 2 Tahun Banglo Terbengkalai.

Hiburan

Setiap manusia mempunyai tahap kesabaran yang berlainan. Namun, siapa yang mampu menahan perasaan apabila kontraktor yang diupah did4kwa g4gal untuk menyiapkan projek pengubahsuaian.

Menerusi Instagram Rozita Che Wan, pelakon itu memberitahu bahawa rumah banglo miliknya masih belum disiapkan sedangkan ianya sudah dua tahun. Lebih menyedihkan, kontraktor tersebut turut lari menghilangkan diri.

Menerusi laporan Berita Harian, Che Ta memuat naik dua video melalui Instagram (IG) Story yang menunjukkan projek pengubahsuaian banglo miliknya di Damansara, Petaling Jaya, tidak siap. Tambahnya, dia sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk projek pengubahsuian itu.

Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap. Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main. Saya lantik kontraktor ini atas saranan teman. Nampaknya, kadang-kadang, cadangan kawan pun tak boleh pakai.

Isteri kepada Zain Saidin itu turut meluahkan perasaan kecewa kerana kontrakor tersebut tidak menjawab panggilannya. Di samping itu, Rozita memaklumkan bahawa 10 Januari lalu sepatutnya semua pengubahsuaian telah disiapkan.

Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan. Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi. Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala. Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan. Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja.

Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain. Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain.

Sumber: Rozita Che Wan & Berita Harian