‘Baby boy’ jadi penyeri, Diana & Zamarul timang anak ketiga

Hiburan Keluarga Tempatan

Pelakon Diana Rafar selamat mel4hirkan bayi lelaki seberat 3.57 kilogram di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Berita gembira tersebut dikongsi suaminya yang juga pelakon, Zamarul Hisham dengan memuat naik beberapa gambar cahaya mata ketiga mereka itu.

“Syukur alhamdulillah, kel4hiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami. Terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan.

“Terima kasih wahai anakku kerana kel4hiranmu membuatkan papa terasa semakin muda. Terima kepada kepada yang sentiasa mendoakan Diana.

“Ingatkan baby nak keluar 16 haribulan, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan,” tulis pelakon berusia 49 tahun itu.

Selain itu, Diana juga tidak lupa mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada orang ramai kerana sudi mendoakan dirinya dan bayi berkenaan.

Rata-rata pengikut pelakon berusia 38 tahun tersebut memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah atas kehadiran zuriat tercinta itu.

Terdahulu, pasangan berkenaan berkahwin pada 16 Mei 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haiqal dan Kayla Reysha.

Menurut laporan media, mereka pernah bercerai talak satu pada 15 Januari 2015 sebelum kembali rujuk kira-kira sebulan selepas itu.

 

Sumber : Zamarul Hisham , Diana Rafar, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.