“Balik Berbuka Puasa Dahulu..Nanti Kita Report “- Mulianya Hati Wanita India Ini Setelah Keretanya Di langgar.

Hiburan

Perbezaan kaum dan penduduk di Malaysia tidak mengahalang dari mereka untuk saling hormat-menghormati umat islam yang berpuasa ketika bulan ramadhan. Itulah kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor apabila dia tidak sengaja melangg4r sebuah kereta milik seorang wanita India di persimpangan lampu isyarat berdekatan rumahnya.

Namun, reaksi dan tindakan pemandu wanita india tersebuat membuatkan netizen tersentuh hati dengan kebaikannya terhadap doktor tersebut.

Balik dulu, berbuka puasa….

Menurut doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr. Aniah, dia telah tidak sengaja melangg4r sebuah kereta milik Dr. Loges dari kementerian pelajaran ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

Namun apa yang mengejutkan adalah respon Dr. Loges yang menyuruhnya supaya balik berbuka puasa dahulu sebelum mereka membuat laporan polis bersama.

She said that she understood how exhausted I would have felt given that it’s the first day of Ramadhan.

Dr. Aniah kemudiannya menghantar pesanan ringkas kepada Dr. Loges menyatakan permintaan maafnya kerana kejadian tersebut. Tambahan lagi, Dr. Loges turut mengucapkan ‘selamat berbuka puasa’ kepada Dr. Aniah dan hal tersebut telah menyentuh hatinya.

Kejadian ini juga membuat saya bangga menjadi seorang rakyat Malaysia, kepelbagaian yang kita ada sebagai sebuah negara menjadikan kita menyedari budaya lain dan menghargai satu sama lain. 

Terima kasih, Dr Loges, kerana menjadi sangat empati tentang bulan puasa.

Perkongsian ini turut mendapat pujian dari orang ramai kerana kagum dengan tindakan mereka berdua dalam menyelesaikan hal tersebut dengan sebaiknya.

Sumber: Dr. Aniah via OMM