Bantuan terkini untuk rakyat Malaysia Januari ini, Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Sila Daftar Cepat!

Bantuan Prihatin Rakyat mula diperkenalkan ketika pembentangan Bajet 2021. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan berbentuk wang diberikan kepada rakyat yang layak.

BPR menyasarkan semua golongan daripada B40 sehinggalah M40. Bantuan yang diberikan pula berbeza bagi setiap kategori.

Menurut Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021. 

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR.

Cara mohon BPR 2021

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan BPR 2021, yang telah dikongsikan menerusi portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jumlah bayaran BPR bagi setiap isi rumah

Bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200. 

Manakala, isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800 isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan.

Bantuan juga akan diberikan kepada kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000.

Dan, bagi individu bujang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun ATAU merupakan golongan OKU dan berpendapatan kasar RM2,500 dan ke bawah layak menerima bantuan bernilai RM350 secara one-off.

Jadual pembayaran BPR 2021

Jadual pembayaran untuk BPR 2021 akan melalui dua fasa iaitu pada bulan April/Mei dan September/Oktober 2021.

Bayaran BPR ini akan dibuat sebelum Hari Raya 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak LHDN.

Syarat Kelayakan BPR 2021

Untuk syarat kelayakan dan maklumat penting berkenaan BPR 2021 ini, korang boleh layari portal rasmi bpr.hasil.gov.my

Permohonan dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi BPR di alamat https://bpr.hasil.gov.my

Borang Permohonan (manual)

Selain secara online, ianya boleh juga dibuat secara manual dengan download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN berdekatan anda.

Hadir ke pejabat

Selain 2 cara ini, permohonan boleh dibuat dengan menghadirkan diri ke
– Pejabat Cawangan LHDNM
– Pusat Khdimat Hasil (PKH) LHDNM
– Pusat transformasi Bandar (UTC) LHDNMHadir dengan kemukakan borang permohonan yang telah diisi.

Adakah bujang akan menerima BPR?

Ya. Bujang berumur 21 tahun ke atas.

Bilakah permohonan dibuka?

Pada Januari 2021

Berapakah jumlah pembayaran?

Lihat jadual di dalam artikel.

Bilakah pembayaran BPR akan dibuat?

Pembayaran dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021.

 

Sumber: LHDN, portalsemakan, Xtra

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf