“Bapak Kau Dulu Hensem Tau, Mak Tampal Tak Payah Beli “- Gelagat Anak Sharifah Shahirah Beli Foto BTS

Hiburan

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada berkongsi gelagat lucu ketika menemani salah seorang anaknya ke majlis karnival sekolah.

Ketika melalui gerai-gerai sekitar yang tersedia, Shiera sempat merakam aksi spontan anaknya yang membeli kad serta penutup muka yang memaparkan wajah bintang k-pop untuk dibuat koleksi.

Bagaimanapun apa yang lucunya, Shiera turut menyatakan bapa mereka juga kacak dan dulu dia akui turut tampal foto si bapa.

Image result for ijoy suami sharifah shahira

“Bapak kau dulu pun handsome tau, mak pun tampal, tak payah beli percuma je. Dia nak beli BTS juga.

“Nak buat apa beli banyak-banyak? Gambar tu nanti aku pijak karang. Sudahnya dia buang tepi-tepi, atas lantai juga penyudahnya,” kata Shiera di dalam video tersebut.

Sementara di ruangkan kapsyen pula, kakak kepada Sharifah Sakinah ini turut mengakui pernah tampal poster suami yang diambil menerusi surat khabar saja.

“Bila gi festival sekolah…ni anak aku cari… Ehhhhh bapak ko dulu mak ko tampal poster bapak ko …tak beli…keratlaaa kat surat kabar. Ohh lupaaa org dah tak beli surat kabar,” tulisnya.

 

 

 

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi dan terhibur dengan gelagat dua beranak ini di hari minggu.

Sumber: Instagram Sharifah Shahirah via MH