“Beginilah Sikap Orang Sabah..Tenang”-Bapa Bella ‘cool’ Peluk Aliff Di Luar Mahkamah, Jarang Bersuara Isu Rumah Tangga Anak.

Hiburan

Semua sudah sedia maklum mengenai perpisahan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Semalam Bella telah dilepaskan oleh Aliff Aziz dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Rentetan daripada itu, ramai netizen memuji apa yang dilakukan oleh Bella kerana ianya adalah tindakan terbaik yang dia lakukan demi masa depan dirinya sendiri dan anak-anak.

Terbaru, menerusi kemaskini di laman Instagram, ayah Bella telah memuat naik foto Bella bersama Ayden dengan kapsyen berikut:

Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak susah senang hanya keluarga yang tahu yang pting jaga ayden dan besarkan dngn baik supaya jadi anak yang soleh aminn.

Bapanya itu sentiasa mendoakan yang baik-baik buat Bella dan keluarga sentiasa ada di belakang Bella.

Menurutnya lagi, biarlah apa yang mahu dikatakan oleh orang ramai mengenai isu ini tetapi yang penting keluarga saja yang tahu susah senang Bella.

Dia turut berpesan supaya Ayden dijaga dengan baik dan menjadi anak yang soleh.

Kebanyakan netizen amat tersentuh dengan ucapan ringkas ayah Bella. Malah ramai yang memuji ayahnya yang tidak bersuara mengenai hal ini dan memberi ruang untuk Bella menyelesaikannya.

Malah Bapa Bella yang lebih dikenali dengan gelaran uncle Awang di lihat tenang tanpa menyebelahi mana-mana pihak bersikap profesional masih mampu memeluk Alif ketika di Mahkamah semalam.

Masih peluk even Alif dah lukakan hati..

orang Sabah..tenang sabar..

Ayah lelaki yang tidak akan menyakiti anak perempuannya..

Sumber: YOynetwork edit Hiburan Media Terkini