“Berani kau jat pegi umrah macam tu..”- Kongsi Gambar Tunai Umrah, Netizen Pertikai Niat Sajat.

Hiburan

Digelar dengan nama panggilan Sajat, pastinya ramai mengenali insan ini dengan ahli perniagaan dan juga rakan pada Dato Aliff Syukri.

Pada tahun 2017, Sajat pernah mengeluarkan hasrat yang sama sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi daripada isu jantina sebenar. Sajat juga menyatakan yang tujuan dia pergi umrah bukan kerana orang lain tapi kerana Allah. Netizen masih tetap keliru dengan status jantinanya, Sajat menegaskan bahawa perkara tersebut tidak seharusnya dibangkitkan.

“Kenapa masih keliru? Yang pergi sana tu adalah saya. Bukan nak buktikan saya wanita tetapi nak pergi umrah kerana Allah”

Tular dengan gandingan teman lelaki baru yang difahamkan berasal dari negara Lebanon, Sajat berkongsi gambar bersama nya dalam halaman instagram.

Pada entri terbaru harini, Sajat berkongsi sekeping gambar yang berada di tanah suci. Dengan mendapat hampir 2,000 lebih komen daripada netizen.

 

View this post on Instagram

 

Islam itu mudah,islam itu tidak kejam. Terima kasih yang berdoakan sajat di sini. Terutama sekali kepada sahabat/mentor saya dato seri @aliffsyukriterlajaklaris , datin seri @shahidadherbs , @bondarozitaibrahim akak @vieshantiekhan , akak @shukriahrahman , kak ita @nursajat_shah_alam_stokis_hq @qasrina_caras dan @razmanrazmi1 tak pusu pusu mendoakan saya di sini. . Dan tak lupa pada ustaz zul, encik sofwan,kak zah dan yang lain lain (jika saya lupa nak sebut nama) Terima kasih kerana membantu kami sekeluarga di sini.. . Semoga kami sekeluarga mendapat umrah makbur di sisi ALLAH S.W.T . . Untuk tengok video panjang boleh tengok di channel youtube sajat perempuan https://youtu.be/jTVJn8KDeYA #mecca #saudiarabia #umrah #nursajat23 #safa #marwah #alharam #mekkah

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

*Syukur Alhamdulillah. Dengan berkat keizinan rombongan kami sekeluarga ke tanah suci makkah dan madinah. selesai sudah umrah kami sekeluarga di kota mecca. saya sungguh terharu dan terasa diri ini kecil sangat sngat bila saya menjejaki kaki di sini,kerana bertapa indahnya ISLAM. saya melihat kebesaran ALLAH S.W.T, kerana tidak pernah membezakan umat nya dari segi darjat,umur,wajah,jantina,kedudukan,warna kulit,atau perbezaan mazhab.ternyata bila kita di sini,kita semua nya sama.menyembah Tuhan yang satu iaitu ‫الله‎ ‬.

*Walaupun saya di malaysia selalu di kutuk,di hina,di caci malah perbagai tohmahan di berikan kepada saya,saya hanya berdiam diri.. saya musafirkan diri saya.. mungkin apa yang berlaku pada diri saya,saya anggap sudah tertulis menjadi insan bernama nursajat.

*Bila saya sampai di sini,saya berniat dalam hati..saya nak berbicara dengan Tuhan saya,bicara soal kejadian saya,kenapa saya di lahirkan begini?kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ini?kenapa saya yang banyak di berikan ujian? Kenapa saya selalu di katakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya?kalau bergini kejadian saya dimuka bumi ini,kenapa ALLAH jadikan saya??kenapa tidak pada orang lain?Tiada siapa yang hendak di lahirkan serba kekurangan.

*Bila saya menjejak kaki di mecca,saya hati saya menjadi sayu,pandangan saya nampak luas,dan dada saya rasa macam tenang dan lapang sangat..saya pejam mata,bertakafur!!bila saya buka mata,saya melihat mak saya di sebelah..saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun saya macam ini,saya tahu diri saya dan jiwa saya adalah perempuan, saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah..berlinang air mata saya,bahawa saya patut syukur dan saya dah dapat jawapan sebaik baik mungkin di sini.

*Sehi1na mana pun kita,sejahat mana pun kita,bukan kita sebagai manusia boleh menghukum sesama manusia,hanya Allah sahaja tahu di mana kita berada nanti ketika kita meninggal dunia.Terima kasih mak dan ayah,kerana melahirkan sajat..buat anak anak syaza dan syahmi,ummi sayang anak anak ini sampai ke syurga. Semoga kami sekeluarga mendapat umrah makbur di sisi ‎الله.

Umum mengetahui jantina sebenar Sajat sehingga kini menjadi pertikaian netizen. Rata-rata pengikut Sajat seakan tidak percaya dengan entri ini sehingga mengatakan sama ada Sajat dengan beraninya permainkan hukum Allah.

Apapun semoga segala urusan Sajat untuk mengerjakan umrah dipermudahkan serta berjalan dengan lancar. Niat baik sebegini biar Tuhan saja menilainya, tidak perlulah kita pula yang sesuka hati meletakkan hukuman ya. Doa yang baik-baik saja.

Sumber: IG Nur Sajat/monyethijau