Beraya Bersama Madu, Komen Adira Biarlah Masa Tentukan.

Hiburan

Penyanyi kelahiran Ranau, Sabah, Adira Suhaimi mengakui tidak pernah berpeluang untuk meraikan Syawal bersama madunya, Syarifah Nor Shafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

Menjelaskan perkara tersebut, kata Adira mereka tidak pernah menjalinkan hubungan baik selama ini dan membiarkan masa yang menentukan.

“Saya tak pernah beraya bersama madu dan sebenarnya saya tidak mahu mengganggu kehidupannya.

“Insya-Allah kami baik-baik saja, biarpun tidak berjumpa tidak bermakna kami bergaduh.

“Kalau orang itu baik dengan saya, saya akan terima dengan baik. Sama juga sebaliknya, kalau orang tak boleh terima kita, kita menjauhlah.

“Yang penting saya tak kacau kehidupan dia dan dia menghormati kehidupan saya,” katanya kepada Gempak.

Selain tidak pernah berhubungan secara kiriman mesej sekali pun, Adira juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya keinginannya untuk bermaaf-maafan.

“Tiada komen. Mungkin kita pernah cuba tetapi tak boleh juga,” tambahnya.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 ketika usahawan itu masih bergelar suami kepada Datin Red.
Raya Rumah Madu, Apa Komen Adira?
Sementara itu, Adira bakal meraikan kedatangan Syawal di kampung halamannya bersama keluarga di Sabah.

Namun, penyanyi lagu Pujaan Hati itu mengakui sangat terkesan dengan pemergian bapa dan neneknya baru-baru ini.

“Walaupun saya tidak pernah beraya dengan ayah saya, cukup terasa kehilangannya. Selepas bapa, nenek saya pula pergi meninggalkan kami sekeluarga,” getusnya.

 

sumber : astro gempak