
Dollar Street ialah sebuah projek unik yang mengambil kira pandangan bagaimana masyarakat di seluruh dunia mengendalikan kehidupan seharian mereka. Terdapat 30 ribu keping gambar bagi 264 buah keluarga dari 50 buah negara yang terpilih secara rawak untuk projek ini.
Mari lihat beberapa buah keluarga dari seluruh dunia yang terpilih secara rawak dalam projek itu. Ada keluarga yang mempunyai pendapatan paling kurang iaitu sekitar RM110 sebulan dan ada keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi iaitu sebanyak RM41,151!
Keluarga Butoyi, Burundi (pendapatan bulanan RM110)
Imelda, 40 tahun ialah seorang ibu tunggal dan petani. Tiada elektrik dan sumber air di rumahnya yang mempunyai dua bilik. Imelda menggunakan 80 peratus daripada pendapatannya untuk makanan. Dia dan keluarganya berharap mempunyai rumah yang lebih selesa.
Di sinilah mereka tinggal sekarang
Inilah makanan tengah hari bagi keluarga ini
Bilik tidur yang serba kekurangan
Mereka perlu berjalan selama 40 minit untuk mendapatkan sumber air
Anak-anak Imelda menganggap buku teks adalah ‘permainan’ mereka
Keluarga Gacotera, Filipina (pendapatan bulanan RM790)
Leo berusia 40 tahun adalah seorang petani dan penebang kayu. Dia telah tinggal di rumah mereka sejak kelahirannya. Isteri Leo, 36, Maria, tidak bekerja.
Mereka mempunyai 3 orang anak lelaki. 50 peratus daripada pendapatan mereka dibelanjakan untuk makanan. Saat ini Leo dan Maria mengumpulkan wang untuk membina bumbung baharu dan mereka memasang impian untuk memiliki sebuah rumah baharu yang besar.
Inilah rumah mereka sekarang
Ruang tamu lengkap dengan televisyen, radio dan kipas
Dapur yang ringkas
Motosikal adalah harta kesayangan mereka
Inilah rumah impian mereka
Keluarga Kiriny, Rusia (pendapatan bulanan RM 2,353)
Vasiliy ialah seorang pesara berusia 60 tahun dan isterinya Olga adalah guru sosial berusia 57 tahun. Mereka hidup bersama anak perempuan mereka bernama Varvara, 17 tahun.
Mereka tinggal di pangsapuri mereka yang mempunyai 2 buah bilik tidur. Mereka menghabiskan 70 peratus daripada pendapatan mereka untuk makanan dan mereka merancang untuk membeli TV LCD baharu. Mereka juga mempunyai impian untuk tinggal di sebuah apartmen baharu.
Di sinilah mereka tinggal
Bilik tidur
Mereka mempunyai sebuah bilik belajar khas
Ruang dapur
Kucing peliharaan mereka
Keluarga Vitor, Brazil (pendapatan bulanan ialah RM3,896)
Vitor, 28 tahun ialah seorang mekanik manakala Schelina pula berusia 37 tahun bekerja di bahagian jualan. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia 4 tahun bernama Helena.
Terdapat 3 bilik di rumah mereka dan mereka membelanjakan 40 peratus daripada pendapatan untuk makanan. Mereka memasang impian untuk membeli kereta suatu hari nanti.
Inilah rumah mereka
Ruang tamu yang tidak begitu luas tetapi masih selesa dengan set sofa dan televisyen
Ruang dapur yang padat dengan semua kelengkapan
Bilik tidur yang ringkas
Helena bersama mainan kegemarannya
Keluarga Moulefera , Perancis (pendapatan bulanan RM 11,784)
Simo, seorang juruteknik berusia 42 tahun dan Caroline, arkitek berusia 39 tahun mempunyai 2 orang anak. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah persendirian dengan 4 bilik tidur.
Simo dan Caroline membayar mortgage bulanan sebanyak RM 2,442 dan mereka membelanjakan kira-kira 30 peratus daripada pendapatan mereka untuk makanan. Mereka gemar bercuti dan berbelanja.
Ini adalah rumah mereka
Ruang tamu yang luas
Dapur luas dengan pelbagai kelengkapan
Bilik tidur anak-anak yang menarik
Kucing kesayangan mereka
Keluarga Västibacken , Sweden (pendapatan bulanan RM 19,876)
Jonas berusia 35 tahun dan isterinya berusia 38 tahun Tove adalah pengurus. Pasangan ini mempunyai 2 orang anak lelaki dan mereka tinggal di sebuah rumah persendirian dengan 4 bilik tidur dan membelanjakan 30% daripada pendapatan mereka untuk makanan.
Jonas dan Tove gemar melancong dan mereka juga menyimpan wang untuk kereta baharu. Bagi mereka, album foto keluarga mereka adalah perkara yang paling berharga yang mereka ada di rumah.
Inilah rumah mereka
Bilik tidur
Susun atur dapur yang ringkas
Bilik anak-anak yang luas untuk belajar dan bermain
Rak buku
Keluarga Bi, China (pendapatan bulanan ialah RM41,151)
Semua ahli keluarga Bi Hua, 57 tahun, isteri Yue Hen dan anak saudaranya Meng berserta suami menjalankan perniagaan keluarga bersama-sama. Mereka tinggal di pangsapuri mewah yang mempunyai 3 buah bilik tidur. Mereka membelanjakan 30 peratus daripada pendapatan mereka untuk makanan.
Inilah pangsapuri mewah mereka
Ruang tamu yang sungguh selesa
Makanan tengah hari yang cukup mewah!
Inilah salah satu bilik di dalam rumah mereka. Cantiknya!
Barangan yang paling bernilai ialah gitar itu
Beginilah kehidupan masyarakat yang berbeza pendapatan dari seluruh dunia. Jika kita merasakan pendapatan kita tidak cukup, bandingkan diri kita dengan keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah yang lain. Cara ini dapat mendidik kita supaya bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.
Sudah tentu kebahagiaan bukanlah tentang wang semata-mata kerana apa yang lebih penting bagi sesebuah keluarga ialah kasih sayang, kepercayaan, sifat saling memahami dan saling menghormati.
Sumber: BRIGHT SIDE / Dollar Street / Era Baru