“Beret Yang Diorang Pakai Sampai Senget Ke Telinga ” – Kapten Ini Buka Mulut, Kritik Cara Pakaian Seragam ‘Leftenan Zana’.

Hiburan

Baru saja bersiaran pada 8 Februari 2019, drama arahan sutradara terkenal Jinggo dan Sheila Rusli telah dihambat dengan kontroversi. Bermula dengan isu pelakon utamanya iaitu Janna Nick yang dikatakan berselisih faham dengan pasangan pengarah itu, kini drama tersebut pula dikritik oleh netizen.

Mengetengahkan isu ketenteraan dan keluarga, drama ini mengisahkan seorang gadis yang ingin meneruskan legasi bapanya sebagai seorang tentera namun dihalang oleh keluarga. Namun begitu, selepas beberapa episod drama tersebut ditayangkan di TV3, ada netizen yang sudah mula berasa kecewa dengan kepekaan pengarah dan juga produksi drama Leftenan Zana ini.

Bukan dengki, cuma…

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Amar Aziz telah membuat satu thread menjelaskan mengapa drama Leftenan Zana akan mendapat kritikan darinya.

Amar turut memberitahu bahawa thread tersebut dibuat berikutan rasa kurang senangnya terhadap pemakaian para pelakon drama tersebut.

Bulu benang terkeluar, 20 lap padang kawad!

Menurut Amar Aziz, para pelakon drama Leftenan Zana tidak memakai pakaian seragam tentera dengan piawaian yang betul. Ada banyak kesalahan dari segi keseragaman yang perlu diperbetulkan sebelum drama ini ditayangkan ke kaca televisyen.

Amar turut membandingkan drama tersebut dengan filem Paskal yang boleh diterima oleh penonton kerana berjaya menonjolkan imej tentera yang sebenar.

 

Melihat daripada thread tersebut, jelas sekali terdapat banyak kekurangan yang perlu pihak produksi titik beratkan. Walaupun hanya sekadar drama, namun kredibiliti institusi ketenteraan perlulah diambil kira bagi menjaga nama baik negara Malaysia.

Rata-rata netizen turut menyuarakan perkara yang sama seperti Amar menerusi komen di Twitter. Diharap pihak produksi akan lebih teliti dalam menghasilkan sesuatu drama yang mencerminkan imej negara.

Leftenan Zana mengisahkan mengenai impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat

Sumber : Twitter Amar Aziz via ohmymedia