Beri ‘bayangan PKP dilaksana semula’ di Twitter? Ini jawapan Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham mengingatkan mereka supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Foto: Awani

KUALA LUMPUR – “How about all stay at home for a while again?”

Ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter hari ini menimbvIkan pelbagai persoaIan dan tanda tanya kepada semua.

Ia seolah-olah memberi bayangan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) akan diIaksanakan semula.

Menerusi ciapan itu, Noor Hisham seperti mencadangkan agar semua kekaI berada di rumah seketika waktu.

Ia mungkin ada kaitan dengan penuIaran C0vid-19 yang semakin bertambah semula sejak kebeIakangan ini terutama di Sabah.

Bagaimanapun, segalanya mungkin terjwab dalam sidang media Noor Hisham petang ini. Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat semua dan negara kita.

Jika benar PKP diIaksanakan kembali , sudah pasti akan ada kebaikan dan kebvrukkannya yang sndiri. Diharapkan agar pihak kerajaan dapat mencari soIusi yang terbaik dalam menyeIesaikan masaIah wbak yang sedang meIanda negara kita ini.

Beri ‘bayangan PKP dilaksana semula’ di Twitter? Ini jawapan Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan status yang dimuat naik di akaun Twitter mengenai saranan duduk di rumah bukan perkara baharu yang disuarakan beliau.

Jelasnya, tujuan ciapan berkenaan adalah bagi mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya tinggal di rumah jika tiada urusan penting dalam situasi C0VID-19 ketika ini.

Bagaimanapun, katanya jika tetap mahu keluar, mereka diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Jadi perkara itu bukan perkara yang baharu iaitu ketika saya Tweet. Dari hari pertama lagi saya Tweet iaitu saya mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia yang tiada urusan penting di luar dinasihatkan duduk rumah.

“Kalau kita nak keluar dari rumah kerana ada urusan penting, patuh SOP. Sebab itulah tujuan utama saya Tweet… bukan perkara baharu. Hanya ingatkan duduk rumah kalau tiada urusan penting. kalau nak keluar kena amalkan konsep 3W,” katanya dalam sidang media perkembangan C0VID-19 di sini pada Khamis.

Sebelum ini, satu status Twitter yang dimuat naik Dr Noor Hisham mengundang persoalan kalangan orang ramai yang berteka-teki sama ada PKP akan dilaksanakan semula.

Ciapan itu ialah “How about all stay at Home for awhile again?”, yang kemudian menjadi bualan netizen di media sosial.

TERKINI: 260 Kes Baharu C0VID-19 Termasuk 259 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini


Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 260 kes baharu c0vid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 260 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes c0vid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 11,484 kes secara keseluruhan.

Daripada 260 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat 259 kes merupakan kes tempatan dan hanya 1 kes import.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 47 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,014 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada kes kem4tian yang dicatatkan pada hari ini.

 

Sumber : MalaysiaGazette, Awani, KKM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.