Beribu Orang Berebut Nak Bergambar Dengan Cristiano Ronaldo Di KL, Rupanya Semua Kena Tipu.

Hiburan

Pasti ramai yang pernah mengidamkan untuk menjadi popular seperti selebriti. Berpeluang untuk merasai keseronokkan dipuja dan diberi layanan istimewa sudah tentu satu pengalaman yang menarik.

Dengan perkembangan media sosial, semua orang kini berpeluang untuk menjadi terkenal tanpa perlu berada dalam industri hiburan, sama ada sebagai personaliti media sosial, influencer, atau youtuber.

Biasanya seseorang itu akan mudah mendapat populariti jika dia mempunyai rupa yang cantik, gaya hidup yang mewah, kelantangan menyuarakan pendapat, atau bakat yang luar biasa.

Namun ada juga satu golongan yang menjadi perhatian ramai kerana wajah mereka yang menyerupai selebriti-selebriti terkenal.

Contohnya sebelum ini kita ada adik Naura yang berwajah seiras pengacara terkenal, Neelofa sehingga kini dia mempunyai beribu-ribu peminat walaupun masih kecil.

Sekitar bulan lepas pula penduduk Malaysia dikejutkan dengan kehadiran pemain bola sepak terkenal, ‘Cristiano Ronaldo’ ke Malaysia.

Dalam satu video yang dikongsikan di Twitter, ramai orang Malaysia teruja dapat melihat selebriti itu dari dekat dan masing-masing mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar bekas ahli skuad Manchester United itu.

Namun didedahkan bahawa lelaki yang telah menemui peminat di Pavilion itu bukanlah Cristiano Ronaldo sebenar, tetapi hanya seorang penyamar.

Walaupun dikatakan ramai yang tertipu dengan prank tersebut, pastinya mereka tetap berpuas hati dapat berdampingan dengan kembar Cristiano Ronaldo.

Lebih-lebih lagi kerana lelaki atas nama Saki itu tidak kurang hebatnya dalam permainan bola sepak, dan juga merupakan seorang model.

Walau bagaimanapun ramai peminat Cristiano Ronaldo menganggap penyamaran itu lucu kerana Ronaldo lebih tinggi berbanding lelaki dalam video tersebut dan tidak akan memakai jenama Adidas kerana Ronaldo ditaja seumur hidup oleh Nike.

Sumber: Twitter