“Berilah Ruang Untuk Beliau..Jangan Sindir Dan Perli Tetapi Berikan Motivasi “- Pesanan Firdaus Wong Kepada Netizen.

Hiburan

Kecoh di media sosial apabila pengarah terkenal , Michael Ang mengishtiharkan dirinya telah islam sejak setahun lalu. Beliau juga telah memuatkan perkataan Allhuakhbar di laman Instagramnya dan menerima banyak ucapan tahniah dari netizen termasuk rakan artis.

Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa atau Multiracial Reverted Muslims (MRM) , Firdaus Wong Wai Hung telah menjawab persoalan mengenai status Michael Ang.

Pengarah tersebut di katakan telah memeluk islam setahun lalu di hadapannya dan Sheikh Hussain Yee seorang tokoh agama juga sebagai pengerusi Pertubuhan al-Khaadem berpusat di Kayu Ara, Damansara.


Ramai yang mesej bertanya apakah benar Michael Ang telah memeluk Islam? Memandangkan @michaelang38 dah kongsikan, maka saya juga turut ingin kongsikan berita gembira ini.
.
Alhamdulilah. Ya benar beliau telah memeluk agama Islam lebih setahun lepas bersama saya dan Sheikh Hussain Yee dan segala urusan pendaftarannya diuruskan oleh NGO saya iaitu 
Multiracial Reverted Muslims – MRM. Majlis pengIslaman berlangsung sederhana sahaja di rumah beliau. Kami berjanji merahsiakan sehingga beliau sendiri bersedia. 
.


Image may contain: 3 people, people smiling, text


Bagilah ruang dan peluang untuk beliau mendalami agama Islam..

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.. Selamat kembali ke agama Islam, Michael.. Bagilah ruang dan peluang untuk beliau mendalami agama Islam mengikut kemampuan dan kelajuannya yang tersendiri. Jangan sindir dan perli tetapi berikan motivasi dan dorongan bukan sahaja untuk beliau tetapi kepada semua yang mahu kembali kepada Islam.

Image may contain: one or more people and text

sumber : FB Firdaus Wong Wai Hung