Berjaya Menambat Hati Ramai , Sugu Pavitra Terima Hadiah Dari Perdana Menteri.

Hiburan Semasa

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Sugu Pavithra kini sememangnya telah menjadi ‘youtuber’ kegemaran rakyat Malaysia.

Dengan menghasilkan pelbagai masakan, resepi yang dikongsikan oleh Pavithra semakin menjadi ikutan ramai.

Bukan sahaja rakyat Malaysia, Sugu Pavithra juga mendapat perhatian dan dihargai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kiriman di Facebok Bernama TV, Perdana Menteri telah memberikan kad ucapan dan menghadiahkan ‘tripod’ kepada Sugu Pavithra.

Kad ucapan dan tripod hadiah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada YouTuber ‘Sugu Pavithra’

Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum melalui perkongsian video memasak pelbagai menu dan bertutur dalam bahasa Melayu di YouTube.

No photo description available.

 

No photo description available.

Sememangnya, Sugu Pavithra nampaknya telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Dengan pertuturannya menggunakan Bahasa Melayu bagi setiap videonya, setiap percakapannya yang mudah difahami disamping menggunakan ayat-ayat yang mudah.

(Video) Sugu Pavithra Kongsi Cara Cuci Kuali Dan Sinki Sampai Berkilat

Sugu Pavithra merupakan pasangan suami isteri yang berasal dari Buntong, Ipoh, Perak. Pasangan ini telah menjadi ‘youtuber’ yang berjaya selepas meraih jumlah tontonan dan jumlah subscriber yang agak tinggi ketika mereka berdua baru mula untuk merekod video masakan dan dikongsikan di laman youtube. Mereka sendiri tidak menyangka bahawa akan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai melalui video-video yang mereka buat.

Dalam perkongsiannya di laman Youtube, Sugu Pavithra telah berkongsi dengan orang ramai cara bagaimana untuk membersihkan kuali dan sinki sehingga berkilat selepas digunakan. Cara yang ditunjukkan oleh Pavithra sangat mudah untuk diikuti.

Perkongsian menerusi video itu telah meraih perhatian dalam kalangan warganet. Menjengah ke ruangan komen, ada yang sangat berpuas hati dengan kebersihan pada kuali tersebut serta ada yang berkongsikan pendapat masing-masing.

Sumber SK