“Berpuasa kerana mahu sihat ..”- Soo Wincci Sudah 8 Tahun Berpuasa Setiap Kali Tiba Ramadhan.

Hiburan

Pelakon dan penyanyi Soo Wincci masih meneruskan rutin berpuasa di bulan Ramadan, walaupun sudah menetap di Valencia, Sepanyol.

Soo Wincci berkongsi pengalamannya di laman sosial Instagram (IG) semalam dan kegigihannya berpuasa mendapat perhatian ramai.

Posting dengan kapsyen ‘Selamat Bersahur From Spain’ dan ‘My 8th Year of Fasting!’ itu juga telah dihujani pelbagai pujian dan pertanyaan daripada pengikutnya.

Antara soalan yang ditanya pengikut di IG ialah, mengapa Soo Wincci turut berpuasa di bulan Ramadan.

Sentiasa peramah dengan peminat, Soo Wincci memberitahu dia berpuasa kerana mahu sihat dan bangga berpuasa bersama-sama rakan-rakan di Malaysia.

Selain itu, Soo Wincci turut berkongsi pengalaman waktu berpuasa di Sepanyol lebih Panjang berbanding Malaysia, iaitu 16 jam.

 

View this post on Instagram

 

Selamat Bersahur From Spain =) My 8th Year of Fasting ! #InwinccibleJourney #ramadan2019 #Spain #Valencia

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Rata-rata pengikut mengagumi semangat Soo Wincci yang sudah lapan tahun berpuasa dan memuji sikap rendah diri penyanyi dan pelakon bergelar Doktor itu.

Agak-agak yang masih puasa ‘yang-yuk’ tu malu tak dengan Soo Wincci? Selamat berpuasa semua!

 

View this post on Instagram

 

9pm dan !!! Selamat Berbuka Dari Spain =) tahun ke8 Hari ke 2 #InwinccibleJourney #puasa #ramadan2019

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

sumber : Astro Gempak