Bertuahnya Aafiyah Kecik – Kecik Dah Sampai Mekah

Hiburan Islamik

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, meluahkan rasa terharunya apabila impian untuk membawa anak, Siti Aafiyah ke Mekah terlaksana. Terbaru Di Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza Kelihatan beliau memuat naik sekeping gambar yang kelihatan seperti berlatar belakangkan  madinah

 

 

View this post on Instagram

 

Subhanaallah .. Alhamdullillah..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sebelum ini Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan beliau teruja kerana buat pertama kali bakal membawa anaknya, Siti Aafiyah ke Mekah untuk menunaikan umrah.

“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan rezeki cahaya mata setiap kali berada di Mekah. Andai diberi rezeki anak, saya mahu bawanya juga ke Mekah.

“Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat. Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,” ujar Siti.

 

Komen Netizen

 

sukanya tgk ibu dan anak ni

 

Doakan Auntie Dijemput Kesana jg ya

Sumber Instagram ctdk