Berubah Warna Saat Azan, Mengagumi Keindahan Masjid Pr0phet Muhammad di Rusia

Islamik Luar Negara

Rusia, salah satu negara dengan populasi Muslim cukup banyak. Yang mengagumkan, salah satu negara di bawah naungannya, Republik Chechnya baru saja merasmikan masjid termegah di dunia, Masjid Pr0phet Muhammad.

Masjid yang terletak di Kota Shali ini dirasmikan pada 23 Ogos 2019. Proses perasmian di hadiri para pejabat tinggi, perwakilan negara sahabat serta masyarakat setempat.

Chechen Leader Ramzan Kadyrov Laughs Off U.S. Sanctions

Presiden Republik Chechnya, Razman Kadyrov, menyebut masjid ini memiliki reka bentuk bangunan yang megah. Hiasan dalamannya dihias dengan dekorasi marmer dan ditetapkan sebagai masjid terbesar serta terindah di Eropah.

Masjid ini memiliki empat menara yang terletak di setiap sudutnya. Di bahagian tengah, terdapat kubah raksasa yang menjadi ciri khas utama masjid tersebut.

 Masjid Prophet Muhammad Rusia

 

Bahagian dalam masjid mampu menampung jemaah hingga 70 ribu orang. Sementara halaman masjid dihias menjadi taman dengan beragam jenis tumbuhan serta kolam dengan air p4ncut. Yang apling menarik mengenai keindahan masjid ini adalah tata lampunya. Masjid ini akan berubah warna ketika azan berkumandang.

Tata lampu yang disusun sangat artistik menjadikan kemegahan masjid ini tampak begitu jelas. Apalagi jika disaksikan di malam hari, masjid ini akan membuat mata yang memandang terpesona.

 Masjid Prophet Muhammad Rusia

Terdapat kombinasi warna lampu yang diterapkan. Setiap warna lampu akan berubah setiap kali azan mengalun, mulai dari hijau, biru, ungu, pink, merah, dan sejumlah warna lainnya.

 

Pembangunan masjid ini merupakan salah satu langkah Kadyrov saat memegang tampuk sebagai Presiden Republik Chechnya. Kehadiran masjid ini diharapkan menjadi pusat kebangkitan Islam Rusia, mengingatkan sebahagiaan besar penduduk Chechnya adalah Muslim.

 

Sumber: Travel Dream

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.