Berusia 29 Tahun , Chef selebriti Adamdidam Bertemu Ilahi Sekitar Jam 5 Pagi Tadi

Semasa

 

Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dilaporkan meninggal dunia pada usia 29 tahun.

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and indoor

Allahyarham merupakan bapa saudara kepada Fatimah Omar Mukhlis, iaitu kanak-kanak yang fasih menggunakan dialek Kelantan dam popular di laman media Instagram.

Berita pemergian Chef Adam turut dikongsikan selebriti dan pengacara Neelofa yang memuat naik sebuah gambar semasa zaman kanak-kanak bersama Allahyarham selain menyampaikan takziah menerusi Instastory.

Seorang sepupu lelaki Adam yang enggan dikenali berkata, chef tersebut meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi akibat jangkitan paru-paru.

“Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama.

“Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay,” katanya ketika dihubungi mStar pada pagi Ahad.

Tambahnya, Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan akan dikebumikan di Pasir Mas.

Terdahulu, Adamdidam seolah-olah memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan diri beliau menerusi posting kedua terakhirnya di Instagram.

 

Adam (tengah) bergambar bersama kedua ibu bapanya.

“Sudah terlalu lama saya menghilang… apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya.

“Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda.

“Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi,” tulis Adam.

Adam ialah peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.

sumber : mstar