“Bila Popular Semua Nak Tunjuk, Kereta Besar.. Rumah Besar..”- Padu Nasihat Pelakon Otai Jalil Hamid.

Hiburan

Kehidupan artis ada pasang surutnya, bukan setiap masa mereka berada di tangga kejayaan dan mendapat tawaran berlakon mahupun menyanyi.

Malahan peluang yang ada itu hanya sementara. Sebab itu ada antara mereka menjadikan tempoh popular sebagai batu Ioncatan untuk kehidupan lebih cerrah pada masa hadapan.

Kita juga sering kali membaca laporan media menceritakan kehidupan artis yang gah sebaliknya itu bukanlah kehidupan mereka yang sebenar.

Jalil Abdul Hamid

Perkara itu diakui pelakon veteran, Abdul Jalil Abdul Hamid yang berkata, kekayaan seseorang artis itu diukur pada zaman popularitinya sahaja, bukan sepanjang masa.

“Artis ini macam harimau. Hari ini dia dapat makan kerbau tetapi esok lusa dia belum tentu dapat makan kerbau lagi.

“Bila zaman bertukar, dia sudah tidak mampu tangkap kerbau lagi. Apatah lagi dalam keadaan usia bertambah dan populariti semakin menurun,” katanya.

Jalil, 62, berkata, golongan artis kena sentiasa beringat bahawa dunia popular hanya sementara kerana ia tidak akan kekal.

“Bila sudah popular semua benda nak tunjuk. Kereta bessar, rumah bessar, duit banyak pun nak tunjuk dengan orang.

“Bersederhanalah dalam kehidupan dan jangan riak dengan kekayaan yang ada kerana ia tidak akan kekal selamanya,” katanya.

Aishah

Image result for penyanyi aisyah kurus

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Camar Yang Pulang, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 54, berkata, setiap orang mempunyai rezeki sendiri dan berbeza-beza pendapatan.

”Jadi, golongan artis kena pandai urus kewangan sendiri dan bijak berbelanja,” katanya.

Milla AF

Dalam pada itu,Norsyarmilla Jirin, 32, yang mempertikaikan tindakan artis yang suka menunjuk-nunjuk di media sosial berkata, tindakan golongan artis ini akan mengundang persepsi negatif.

“Saya melihat ramai yang suka menunjuknunjuk pakaian, kereta, rumah dan beg tangan mahal mereka di media sosial.

“Untuk apa kita tunjukkan kekayaan pada orang? Adakah ia dapat memberi sumbangan kepada ummah?” soalnya.

Bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, sikap riak dan menunjuk-nunjuk itu dikhuatiri hanya akan memakan diri.

“Dari segi keselamatan amat berbahayya kerana ia akan menyusahkan diri sendiri juga,” katanya.

Ini adalah sebahagian pandangan artis yang pernah mewarnai industri hiburan kita sebelum ini..

Saharul Ridzwan

Image result for Saharul Ridzwan

Sementara itu, Pelakon Saharul Ridzwan mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada semua pakaian berjenama miliknya apabila dia memilih untuk menjual barangan tersebut dalam misinya memulakan kehidupan baharu.

Saharul, 29, menerusi Instagramnya memberitahu dia mula mengenepikan minatnya terhadap pakaian streetwear berjenama yang sebelum ini disifatkan sebagai hobi mewah yang memberinya kepuasan.

“Selamat tinggal. Bogo, AJ’s, Yeezy, semua berkaitan dengan pakaian streetwear, satu kepuasan yang berlainan bila saya dapat kumpul semua itu.

“Barang-barang di atas bukanlah murah, ‘berpuluh ringgit? Itu FUFU, ini barang LEGIT bro, beribu ringgit… Hobi kami mahal’. Itu mentaliti saya dulu.

“Semuanya saya jual balik. Oh, kepada yang masih samar-samar dalam dunia streetwear, anda mungkin tidak tahu apa nilai setiap apa yang saya pegang ini.

“Semasa saya berkahwin, saya pakai AJ, masa bersanding pun pakai AJ. Mungkin korang tak faham sejauh mana minat kami dalam streetwear,” katanya.

Dalam pada itu, Saharul berkata, dia kini mempunyai matlamat baharu dalam hidupnya iaitu mengumpul wang demi kepentingan masa depan keluarganya.

Kata Saharul dia mula berfikir tentang perkara itu kerana sedar tentang nilai setiap seni yang diperolehinya dan perlu melakukan sesuatu demi masa depan.

“Apabila anda tahu nilai setiap sen yang anda perolehi setiap hari anda akan mula berfikir tentang masa depan… Sekarang kena bertindak!

“Matlamat saya, dapatkan kembali wang simpanan, kumpul lebih banyak wang dan letakkan di suatu tempat di mana saya tak boleh gunakannya,” tulisnya lagi.

Kata Saharul lagi, dia berazam untuk mengumpul simpanannya walaupun sedar ia bukan perkara mudah namun ia perlu dilakukan.

“Tetapkan dalam minda yang saya adalah orang miiskin untuk memiliki barangan mewah… cuba dapatkan RM100,000 dalam simpanan dalam setahun, ambil gambar dan lakukan perkara sama dalam masa lima tahun.

“Kemudian apabila saya sudah kumpul RM500,000 untuk dilaburkan, ketika itu wang akan bekerja untuk saya. Ini bukan perkara mudah, saya perlukan disiplin dan kena mulakan sekarang!

“Selamat tinggal Supreme, tapi aku cabar diri aku jadi lagi ‘supreme’ lepas ini,” tulisnya lagi.

p/s: Semoga perkongsian menarik dari tiga artis ini menjadi pedoman kepada artis-artia yang baru nak mengecapi hidup glamour

 

sumber: sinar harian / celotehsaja