“Bila Saya Tengok Video Ni, Terus Guruh Bertendum Dato..”- Rakam Lagu Raya, Komen Netizen Memang Jujur Habis!

Hiburan

Selepas Datuk Seri Vida, usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi sepotong video di sebalik tabir rakaman lagu rayanya yang terbaharu.

Dalam video berkenaan, Aliff bersungguh-sungguh memperdengarkan suara asalnya tanpa iringan lagu.

“Sila komen jujur. Sedap tak suara saya?? Nak duet dengan siapa korang teka?

“Saya yakin dan pasti suara saya paling merdu untuk didengar,” tulis Aliff.

 

View this post on Instagram

 

composer terkenal @amyuks

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Difahamkan lagu raya berjudul Jom Raya itu mendapat sentuhan daripada Amy Ukays dan bakal menggandingkan beberapa penyanyi tempatan lain antaranya Zizi Kirana dan Nursajat.

Bagaimanapun, video berdurasi 17 minit itu mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya mengutuk suara Aliff.

Biarpun dikecam, Aliff masih merendah diri dan menyatakan dia masih dalam proses belajar untuk mengasah teknik nyanyiannya dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Aliff pernah muncul dengan beberapa single antaranya Abang Nak Tegur, Bobo Dimana dan Biar Apa Orang Kata.

sumber : Astro gempak