Bonus Tambahan RM150 Kepada Penerima BSH, Ketahui Cara Ia Di Bayar.

Semasa

PUTRAJAYA: Bagi merangsang permintaan domestik, kerajaan akan menyalurkan bayaran tambahan berjumlah RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikreditkan ke dalam akaun bank pada Mei dan seterusnya RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ia adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Bayaran ansuran BSH bulan Mei sebanyak RM200 diawalkan ke bulan Mac 2020,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapan pakej rangsangan ekonomi 2020 bertema “Memperkukuh keyakinan, merangsang pertumbuhan, melindungi pekerjaan” di sini, sebentar tadi.

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad bersetuju sekiranya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti dan dilantik menjadi perdana menteri kelapan.

“Ada kemungkinan beliau dicalonkan (jadi PM). Jika semua pilih Muhyiddin, saya OK.

“Jika beliau diberi majoriti di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong melantik beliau, mengangkat sumpah dan semestinya dapat membentuk barisan kabinetnya,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap Muhyiddin dinamakan calon sebagai perdana menteri yang seterusnya.

Sumber BH