“Sungguh mulia hatimu bang..”- Segelintir rakan anggap saya b0doh dan men0lak rezeki

Kuala Lumpur: “Sebaik saya memberitahu menemui wang berkenaan dan pulangkannya, dia (pemilik wang) terus memelvk saya dan mengucapkan terima kasih,” kata Zainuddin Azman Jamhari, 38.

Zainuddin yang menetap di Kampung Gajah, Perak itu berkata, dia memastikan individu terbabit adalah pemilik wang RM4,850 yang ditemuinya di tepi jalan sebelum memulangkannya.

Pemuda cerita apa yang berlaku

Zainuddin (kiri) dan wang yang ditemuinya (kanan). FOTO ihsan Zainuddin Azman Jamhari

Menceritakan semula kejadian itu, Zainuddin berkata, ia berlaku pada Rabu lalu kira-kira jam 1 tengah hari ketika dalam perjalanan dari rumah ke stesen minyak di kawasan berhampiran.

“Cuaca hujan ketika itu dan entah kenapa, saya melalui jalan dalam, bukan laluan biasa digunakan ke stesen minyak. Ketika menunggang motosikal, saya perasan ada plastik berisi seperti gumpalan di atas rumput di tepi jalan.

“Disebabkan tidak sedap hati, saya berp4tah balik dan mengambilnya. Badan terus rasa menggigil apabila melihat banyak wang kertas di dalamnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia kemudiannya meletakkan plastik berisi wang berkenaan ke dalam raga motosikal tetapi tidak terus bered4r sebaliknya memikirkan apa perlu dilakukannya.

“Ketika itu, enjin motosikal masih hidup dan jika saya beredar, wang berkenaan sudah tentu jadi kepunyaan saya.

“Namun, hati rasa berat untuk mengambilnya kerana memikirkan anak dan terbayang dia makan benda yang k0tor (h4ram) jika beli sesuatu menggunakan wang itu.

“Jadi, saya tunggu sebentar dan tidak lama selepas itu, sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna) Toyota Avanza berhenti berhampiran sebelum penumpang serta pemandunya keluar. Saya perhatikan mereka seperti mencari sesuatu yang h1lang,” katanya.

Zainuddin bersama anaknya. FOTO ihsan Zainuddin Azman Jamhari
Zainuddin bersama anaknya. FOTO ihsan Zainuddin Azman Jamhari

Katanya, seorang lelaki yang juga pemandu kereta itu kemudian menghampiri dan menegvrnya.

Duit diserahkan kepada pemilik selepas mendapat kepastian

“Dia tegur saya dulu dan bertanya adakah berhenti disebabkan motosikal r0sak. Saya jawab sedang menunggu seseorang dan saya kemudian tanya tujuan mereka berhenti sebelum dia maklumkan mencari sesuatu yang h1lang.

“Bagi mendapat kepastian, saya tanya lebih lanjut dan rupanya dia keh1langan wang selepas terc1cir kira-kira 45 minit sebelum saya melalui jalan itu,” katanya.

Zainuddin berkata, selepas diceritakan apa yang berlaku dan memastikan kesah1han, dia mengembalikan semula wang berkenaan kepada lelaki terbabit.

“Lelaki itu maklumkan wang berkenaan mahu digunakan untuk membaiki kereta dan terc1cir ketika berhenti di tepi jalan untuk membetulkan pengelap cermin.

“Dia menawarkan sejumlah wang sebagai saguhati. Saya men0lak pada mulanya tetapi mengambil juga pemberiannya itu apabila dia bersungguh,” katanya yang bekerja sebagai penjaga ladang lembu.

Disebabkan sudah terlewat untuk ke tempat kerja, Zainuddin berkata, dia tidak sempat bersembang lama dengan lelaki berkenaan.

“Kami tidak sempat bertanya nama satu sama lain kerana hujan lebat. Cuma, pada malam hari yang sama, saya muat naik hantaran di FB untuk berk0ngsi kisah itu dan tidak sangka ia jadi tular dengan cepat.

“Bukan setakat itu, ada beberapa individu menghantar kiriman mesej di FB dan WhatsApp mend4kwa mereka adalah pemilik wang yang h1lang itu namun kebanyakannya tidak memberi maklumat tepat selain cuba mempermainkan saya,” katanya.

Katanya, perasaannya benar-benar lega selepas mengembalikan wang berkenaan.

“Namun, ada juga segelintir rakan menganggap saya b0doh dan men0lak rezeki kerana tidak mengambil wang itu. Bagi saya, untuk apa mengambilnya jika ia bukan hasil titik peluh sendiri.

“Biarlah apa pandangan mereka, yang penting saya enggan berasa berd0sa seumur hidup. Lagipun, ini kali ketiga saya terjumpa wang dan semuanya dikembalikan kepada pemiliknya. Syukur kerana Allah melindungi daripada mengambil sesuatu yang bukan hak saya,” katanya.

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf