Jutawan Termuda Bila Seorang Lelaki Menang Cabutan Bertuah BSN SSP RM1 Juta

Seorang lelaki berusia 21 tahun dari Kelantan memenangi cabutan istimewa BSN SSP yang membawa pulang simpanan tunai bernilai RM1 juta, demikian umum Bank Simpanan Nasional (BSN), hari ini.

BSN dalam satu kenyataan, hari ini, berkata, pemuda berkenaan yang memenangi Cabutan Istimewa BSN SSP pertama bagi 2021 adalah pemenang termuda sejak g4njaran RM1 juta diperkenalkan pada 2014.

Buat kali pertama pada tahun ini, BSN turut mengumumkan ser4mai 13 orang pemenang bagi Cabutan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Cabutan ini diadakan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2021 serta terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM100.

“Saya berharap supaya rakyat Malaysia terus menyimpan bersama BSN SSP yang merupakan produk simpanan unik patuh Syariah.

“Ini kerana, selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, anda juga dapat menikm4ti kadar keuntungan sehingga 1.9 peratus setahun yang mana ia adalah sama dengan kadar tetap di bank lain,” kata Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil dalam kenyataan itu.

Senarai para pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

BSN akan terus melahirkan lebih ramai jutawan melalui kempen SSP 2021

BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) yang memberikan ganjaran bernilai RM23 juta kepada pemenang cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) pada tahun lalu akan menawarkan 19,426 hadiah bernilai RM31.44 juta pada tahun ini untuk terus menggalakkan orang ramai menyimpan.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 11,789 jumlah hadiah bernilai RM8.44 juta berbanding tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Operasi, Kameel Abdul Halim.

“Kami sedia maklum dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, membuat simpanan itu mungkin mencabar.

“Bagaimanapun, dengan penawaran ganjaran yang hebat ini diharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menyimpan,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Sehingga November lalu, BSN SSP terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah penyimpan di seluruh Malaysia kini seramai 4.07 juta dengan nilai simpanan berjumlah RM3.87 bilion.

BSN akan terus melahirkan lebih ramai lagi jutawan melalui Cabutan Istimewa BSN SSP yang masih dikekalkan bagi Kempen BSN SSP 2021 dengan ganjaran RM1 juta.

Bank itu, yang mengumumkan pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Disember 2020 yang juga jutawan ke-12 atau ‘Super Jutawan’ membawa pulang BSN SSP RM2 juta, berkata, sejak ganjaran RM1 juta mula diperkenalkan pada 2014, seramai 57 penyimpan BSN SSP sudah bergelar jutawan.

BSN masih menawarkan simpanan tunai BSN SSP RM1 juta sebagai ganjaran bagi pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP untuk bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Julai, Ogos, September, Oktober dan November 2021.

Pada Jun dan Disember 2021, seramai dua pemenang berpeluang untuk memenangi ganjaran BSN SSP RM1 juta.

Tempoh simpanan minimum untuk layak menyertai cabutan ini adalah 90 hari sebelum tarikh cabutan dengan simpanan minimum RM3,000.

Selain mengekalkan Cabutan Tempatan, BSN turut memperkenalkan Cabutan Bulanan Negeri – cabutan baharu bagi pelanggan di semua negeri – dan Cabutan Penyimpan Baharu juga diperkenalkan pada tahun ini untuk terus menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagi Cabutan Bulanan Negeri, seramai 13 pemenang dari setiap negeri berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa simpanan tunai BSN SSP bernilai RM50,000.

Cabutan ini terbuka kepada pelanggan berumur 12 tahun ke atas yang menyimpan BSN SSP dengan simpanan minimum RM100.

Sementara itu, Cabutan Penyimpan Baharu akan diadakan pada Mac, Jun, September dan Disember 2021 dengan pemenang utama cabutan ini bakal menerima simpanan tunai BSN SSP bernilai RM50,000.

Tempoh simpanan minimum untuk layak menyertai cabutan ini adalah kurang daripada satu tahun sebelum tarikh cabutan dengan simpanan minimum RM100.

BSN turut mengekalkan Cabutan Bulanan dan Cabutan Kesetiaan pada 2021.

“Saya ingin menyeru orang ramai yang masih tidak mempunyai simpanan BSN SSP untuk berbuat demikian. Kini anda mempunyai berjuta sebab untuk menyimpan dengan BSN SSP,” katanya.

 

Sumber : HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf