“Bulan Terakhir Saya…”- Neelofa Sebak, Umum Tinggalkan Meletop.

PENGACARA popular, Neelofa membuat pengumuman secara langsung akan berundur daripada program MeleTOP dan akan mengacarakan buat kali terakhir pada 31 Disember ini.

Menurut Neelofa, pengundurannya itu adalah salah satu daripada pengorbanannya dalam merencana karier seni.

“Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTOP. Terima kasih untuk segalanya dan memberi kepercayaan kepada saya selama ini.

“Bagi saya MeleTOP adalah sebahagian daripada hidup saya. Amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain,” ujarnya yang tidak dapat menahan sebak ketika pengumuman tersebut dibuat.

Sejak mula diterbitkan pada tahun 2012, kehadiran Neelofa bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara program itu memberi impak tersendiri dan sudah pun bersiaran 370 buah episod selama lapan musim berturut-turut.

Rancangan hiburan berkenaan ke udara pada setiap hari Selasa pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

 

View this post on Instagram

 

Rupanya pengumuman bukan pasal kahwin! Aaaa @neelofa 😭😭😭 admin pun rasa sebak! #MeleTOP #ThankYouLofa

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

 

sumber : Astro, Sinar Harian , Meletop

error: Content is protected !!