Cincin ‘Tanda’ Di Jari, KilaFairy Sudah Dilamar Kekasih?

Pelakon yang kini manis bertudung l1tup, KilaFairy ada ditanyakan media mengenai kehadiran cincin di jari manisnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

Dia yang ditemu ramah wartawan dalam rancangan hiburan Melodi pada hari Ahad yang lalu walau bagaimanapun telah men4fikan dirinya sudah dilamar kekasih hati.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jangir itu berkata, cincin di jari manisnya itu memang dihadiahkan kekasihnya namun hanyalah untuk sekadar suka-suka.

Kilafairy

“Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah.”

Mengulas lanjut mengenai perhubungannya sekarang bersama teman lelaki, Kilafairy berkata dia ser1us menjalin ikatan bersama jejaka tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

Pelakon cantik itu sebelum ini ada memberitahu media bahawa dia dan pasangan memang mempunyai perancangan untuk melangkah ke arah perkahwinan namun menyerahkan urusan tersebut kepada teman lelakinya kerana enggan melebih-lebih apabila melibatkan hal seperti itu.

Sekadar info, Kilafairy telah menjal1nkan hubungan cinta bersama teman lelakinya kini ketika dia masih berada di bangku sekolah sejak 13 tahun yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

Perkembangan terkini, Kilafairy kini sedang menjadi muka utama untuk produk kosmetik berjenama Ufora dan sedang berkolaborasi dalam penghasilan produk kosmetik berupa lipmatte Ufora X Kilafairy.

 

Sumber : Harian Metro, Beautiful Nara

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.