“Dah 9 Tahun Banchik Tinggalkan Keluarga “- Tajul Kenang Pemergian Achik Spin 17 April 2010.

Hiburan

Adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari mengenang kembali saat pemergian abangnya yang tersayang.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari yang juga merupakan seorang penyanyi memuat naik satu entri di Instagram miliknya.

“Dah 9 tahun banchik tinggalkan keluarga. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn. Al-Fatihah,” tulis Tajul pada entri bergambar abangnya itu.

 

 

Allahyarham Achik sememangnya terkenal sebagai vokalis utama untuk kumpulan Spin lewat tahun 1990an ketika masih berusia 14 tahun.

Allahyarham kemudiannya beralih menjadi menyanyi duet bersama rakan duetnya Siti Nurdiana. Pada usia muda, Achik sudah mula dikenali sebagai seorang penyanyi lagu pop Melayu, balada, pop rock serta irama tradisional Melayu.


Allahyarham meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 April 2010.

Legasi nyanyiannya kini disambung oleh adiknya Tajul yang turut mewarisi bakat nyanyiannya.

Al-Fatihah.

Kredit Gambar: Instagram