Dah Berapa Hari Dia Tepuk Tangan Saya Cari Arwah – Isteri Abam

Hiburan

“Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang meninggal dunia, Isnin lalu.

Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana Allayarham Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu.

“Selalu bila malam, anak kami akan kacau arwah dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau arwah, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam.

“Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas arwah pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini.

Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur.

Malah memasuki hari kedua ketiadaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali menangis.

“Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak meragam,” jelas Nurhidayah.

Ditanya samada terdapat perubahan drastik sebelum arwah pergi selamanya, Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikmati asam pedas dan cendol.

Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu.

“Sebelum arwah meninggal, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas.

Image result for abam beri gaji isteri

“Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas.

“Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak demam,” katanya lagi. –

sumber : MalaysiaGazette