“Dah tuo kau Wook.. “-Gemar Mengusik, PU Azman Titipkan Doa Pada Hari Jadi Lee Dong Wook.

Mempunyai kemahiran tersendiri dalam menyampaikan dakwah merupakan personaliti yang sangat sesuai diggambarkan buat Pencetus Ummah (PU) Azman. Selain mahir berdakwah, PU Azman juga mempunyai personaliti yang lucu ketika menjawab pertanyaan daripada netizen dan berkongsi kata-kata di Instagramnya.

Terbaru, ustaz selebriti ini sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila dia menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat seorang pelakon Korea iaitu Lee Dong Wook. Wow!

Dah tua kau Wook

 

View this post on Instagram

 

– Happy Birthday to You – #이동욱 #LeeDongWook #李栋旭 #욱스타그램

A post shared by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on

Nama pelakon kacak Lee Dong Wook ini sudah pastinya tidak asing buat peminat drama Korea. Selain mempunyai wajah yang kacak, pelakon ini sering diperkatakan oleh netizen bahawa raut wajahnya seiras dengan PU Azman. Semalam, pelakon Korea tersebut telah memuat naik foto ulang tahun kelahirannya yang ke-38.

Namun, dalam ribuan ucapan yang diterima, komen PU Azman berjaya mencuri tumpuan para peminat pelakon tersebut kerana dia menulis ‘Moga Allah Bimbing Kau Wook’.

Ucapan peminat

Rata-rata netizen terhibur dengan ucapan PU Azman. Mereka turut mengucapkan selamat ulang tahun buat pelakon Korea tersebut.

Sumber: PU Azman & Lee Dong Wook/ ohbulan

error: Content is protected !!