Dalam TV Macam Nak Gaduh, Rupanya Luar Set Siap Makan Pun Bersuap!

Hiburan

Kejayaan drama rantaian itu bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang mantap, tetapi juga kerana kerjasama dan keserasian diantara para pelakon dan juga krew produksi.

Jika dilihat untuk Nur 2 dua ini, watak Ustaz Hamidi (Azhan Rani) dan Ayah Haji Mukhsin (Jalalludin Hassan) sentiasa kelihatan tegang dan serius.

Luar set bukan main manja lagi depa dua ni. Namun situasi tengang tersebut hanya berlaku dalam lakonan, hakikatnya di luar set pengambaran kedua pelakon ini sebenarnya sangat akrab dan saling suka usik mengusik.

Macam satu keluarga, seronok tengok gila2 dorang. Telah hampir dua musim bekerjasama, kesemua pelakon termasuk krew produksi pasti telah membina satu hubungan yang sangat baik diantara mereka.

Saling bergurau senda dan melayan kerenah masing-masing membuatkan mereka bagaikan menjadi satu keluarga yang besar, tidak hairanlah penghasilan drama Nur berjalan lancar tanpa kontroversi atau konflik.

Sayang juga dekat ‘menatu’ dia ni. Walaupun rata-rata netiz3n geram dengan watak jahat Ustaz Hamidi yang dibawa oleh Azhan, akan tetapi mereka agak terhibur dengan gelagat pelakon tersebut.

sementara itu  Azhan Rani yang menang kategori Antagonis Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) menganggap kemenangannya kerana tempias daripada drama Nur.

“Bersyukur sebab akhirnya nama sebegini lepas juga untuk anugerah yang sangat besar seperti ini. Ini adalah anugerah popular, mungkin sebab saya terselit dalam karya kesayangan Malaysia, maka saya dapat tempiasnya, bukan Azhan Rani yang popular tapi karya,” katanya.

“Cuma saya harap selepas kejayaan Nur dan kini Nur 2, jangan ada lagi Nur 3. Biarlah apa yang ada jadi kenangan manis buat kami. Kasihan kepada penerbit dan pengarah untuk duduk di dalam kepompong sama, izinkan kami untuk keluar daripada kepompong ini,” katanya.

 

SUMBER: Express Viral