Datang Pas Lawatan Tapi Boleh Berniaga di Jonker Street , Pelancong Asing Ini Berang Ketika Di Tegur Menjual Tanpa Permit.

Santai Semasa

Viral di media sosial video sekumpulan pelancong asing yang menjual barangan cenderahati di Jongker Walk, Melaka, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bukan sahaja jelas melakukan kesalahan dan menyalahgunakan pas lawatan sosial di negara ini, malah mereka dengan biadabnya mengugut pengurus hotel yang menegur perbuatan mereka itu.

Berdasarkan video viral berdurasi hampir satu minit itu, salah seorang dari pelancong terbabit dengan biadabnya menyelar tindakan perakam yang merakam video kegiatan mereka yang ‘mengemis’ di tepi jalan.

 

Sumber video: Friends Of Immmigration

Wanita itu meminta perakam berhenti merakam video mereka, malah bertanya siapa dia untuk merakam semua itu dan apa yang dia boleh lakukan.

Bagaikan tidak mengerti kesalahan diri, tampil lagi rakannya turut mempertahankan wanita terbabit, sedangkan yang lain diam sahaja.

Pengurus hotel yang memuat naik video itu di Facebooknya terdahulu menjelaskan bahawa kegiatan pelancogn asing seperti ini wajar dibanteras kerana mereka telah mengganggu periuk nasi peniaga tempatan di Melaka.

Image may contain: 3 people, people sitting

Bukan itu sahaja, bayangkan sekiranya rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama di negara mereka, adakah mereka akan membiarkan begitu sahaja? Sudah tentu tidak kerana ia satu imej yang memalukan.

Sudah menjadi trend pelancong asing mengemis di negara orang bagi membiayai diri mereka agar dapat meneruskan rutin dan perjalanan mereka.

Sementara itu, pelbagai pihak mendesak Jabatan Imigresen mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelancong asing terbabit.

Di media sosial, netizen juga tidak bersetuju dengan cara pelancong asing menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dan mendesak pihak Jabatan Imigresen segera mengambil tindakan terhadap pelancong asing terbabit.

“Jika orang Asia buat macam ni di negara korang, apa korang rasa? Tolong hormat undang-undang di negara ini. Datang ke negara ini sebagai pelancong, maka jadilah seperti pelancong. Jangan salahgunakan pass lawatan korang untuk tujuan peribadi,” kata netizen.

Komen warganet

Sumber: thereporters

Update:

Pelancong asing diusir berniaga tanpa permit di Jonker Street

MELAKA: Sekumpulan warga asing dipercayai pelancong diusir penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana berniaga tanpa permit di siar kaki Jonker Street di Bandar Hilir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, kumpulan dikatakan pengembara beg galas atau backpacker berusia dalam lingkungan 20-an itu dilaporkan duduk di kaki lima berhadapan sebuah premis kafe terkenal dan menjual hasil kraf tangan sehingga mengganggu pemandangan kawasan tumpuan ramai berkenaan.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin, berkata anggota penguat kuasa mengarahkan semua pelancong asing terbabit menghentikan aktiviti dan beredar dari lokasi berkenaan.

“Difahamkan, mereka datang ke negara ini menggunakan visa pelancong. Oleh itu, adalah salah untuk mereka menjalankan perniagaan.

“Ketika diusir, mereka memberi kerjasama. Bagi kes sebegini, kita meminta mereka beredar dengan cara berhemah.

“Namun jika masih berdegil, tindakan seterusnya akan diambil seperti mengeluarkan notis, kompaun atau boleh menyita barang mereka,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Mansor berkata, kumpulan itu berniaga di kawasan terbabit dipercayai akibat masalah kewangan atau mengambil kesempatan atas sikap pemurah orang awam, termasuk penduduk dan pelancong tempatan di negeri ini.

“MBMB memang menempatkan sekurang-kurang dua anggota penguat kuasa untuk kawalan statik di sekitar kawasan itu.

“Bagaimanapun, kita akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Imigresen bagi melakukan operasi bersepadu serta memantau kes ini secara berkala,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna laman Facebook dengan nama Michael Quay memuat naik status berhubung aktiviti sekumpulan pelancong asing berniaga secara haram di siar kaki Jonker Street berhadapan sebuah kafe terkenal.

Beberapa keping gambar dan video berdurasi 56 saat turut dikongsi dalam status itu sehingga tular sejak semalam.

Video berkenaan memaparkan perbualan dengan seorang pemandu teksi yang mendakwa pelancong terbabit bertindak agresif apabila pemandu itu memintanya berpakaian sopan ketika Ramadan, selain ada dikatakan mengugut membuang telefon pintarnya ke sungai jika terus merakam.

Sumber: Beritaharian