“Kalau dah fail cer4i tu sila tinggalkan rumah agam dato..”- Individu Minta Datin Shahida Keluar Rumah Bunglo.

Hiburan

Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita khabar angin bahawa Datin Shahida isteri kepada usahawan berjaya merangkap selebriti media sosial Dato Aliff Syukri telah minta cer4i.Datin Shahida yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke 35 baru baru ini di salah sebuah pusat anak yatim nampak semakin happy dan bahagia di samping anak anak.

Datin yang selalu memuat naik gambar bersama anak anak di ruangan instagramnya sering mencuri perhatian netizen apabila rata rata pengikutnya sangat suka dengan gelagat anak anaknya terutamanya si kecil Yusof dengan anak angkatnya Ameena.

Isteri kepada usahawan kosmetik popukar Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan percer4ian di mahkamah.Shahida ketika dihubungi media Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.Seorang individu di instagram telah meninggalkan satu komen yang agak kurang ajar. Individu yang bernama ohan.ana menggunakan akaun palsu untuk meletakkan komen negatif terhadap datin shahida.

Posting dimana individu tersebut komen:

Datin kalau nk failkan cer4i ke dato , pls tinggalkan rumah argam mewah tu ye. jgn nk control ke awk.. itu rumah dato.

Datin Shahida hanya menjawab ‘OK’ sahaja kepada individu tersebut. Nampak jelas datin malas nak melayan komen komen begitu.

Jaga la mulut masing masing. Kemelut rumahtangga Dato Aliff Syukri kita tidak tahu hujung pangkal. Lebih baik jika doakan yang baik baik sahaja untuk mereka. Insyallah dipermudahkan.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.

Keadilan hanya akan wujud jika perbincangan dilakukan dengan berlapang dada. Ketika suami atau isteri menjelaskan apa yang berlaku, ia mesti didengar dan diperhalusi tanpa prejudis. Dengan cara itu kebenaran lebih mudah ditemui dan keputusan dapat dibuat dengan adil.Dalam usaha merungkai masalah yang timbul, bercakap benar amat penting. Antara suami isteri seharusnya tiada rahsia kecuali jika dikhuatiri berterus terang dalam hal tertentu akan mendatangkan keburukan, maka harus ia dirahsiakan.

KreditSumber: Viddy Media