“Datuk K Pakai Tudung!” – Kongsi Gambar Comel Aafiyah Bertudung , Ramai Geram Samakan Wajah Datuk K.

Hiburan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa keping foto anaknya, Siti Aafiyah di akaun Instagram (IG) dengan memakai tudung.

Menerusi entri tersebut, ramai yang geram melihat gelagat Aafiyah dan memuji kecomelannya.

“Anak bertuah ibu ni laaaaa. #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan Aafiyah malah ada juga yang mengatakan raut wajahnya sama seperti Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memakai tudung.






Puteri tunggal Datuk K, Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 secara pembedahan di sebuah pusat perubatan ibu kota.