‘Daulat Tuanku’ bergema di platform utama media sosial

KUALA LUMPUR: Kata kunci ‘Daulat Tuanku’ tular di kebanyakan platform utama media sosial sekitar 6:30 petang Ahad.

Ini susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini mahupun mana-mana bahagian di seluruh Malaysia.

Bagi kebanyakan netizen di Twitter, mereka memuji keputusan yang dibuat Al-Sultan Abdullah selepas pertemuan khas Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara pada Ahad.

Ini antara reaksi netizen yang mengucapkan syukur dengan titah baginda.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan mencoret di laman sosial mereka. 

Malah, bagi netizen, keputusan yang dibuat YDP Agong membuktikan bahawa rakyat masih ada tempat bergantvng ketika ketidaktentuan politik berlaku di negara ini.

Al-Sultan Abdullah pada masa sama turut menitahkan agar semua ahli politik untuk berhenti bermain politik dan memberi fokus kepada proses pemulihan akibat pen1ngkatan kes jangk1tan C0VID-19.

Image

Image

 

Sumber: Awani, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.