Daun Oregano Bukan Guna Untuk Masakan Barat Je, Tapi Boleh Jadi Penawar Batuk

Tips Kesihatan

Bila musim-musim hujan begini biasanya kesihatan keluarga sering juga terganggu. Sering batuk dan selesema umpamanya.

Selain perlu makan ubat yang disarankan doktor untuk merawatnya, ada baiknya mencuba dengan rawatan menggunakan daun oregano.

Bagaimana caranya, jom kita pelajari daripada perkongsian di fb ini.

Ni lah ubat yg sya selalu bagi ank2 minum sekiranya batuk dan kahak menjelma lagi..alhamdulillah ank2 sesuai dgan herba ni.”

CARA PENYEDIAAN :

Kebanyakan orang akan rebus atau letak air panas dengan daun ni tapi sya tidak.

1.  Cuci dulu bersih-bersih, lepas itu panaskan daun ni di dalam kuali yg xda minyak sehingga lembik.

2. Kemudian tumbuk sampai lumat dan perahkan ambik airnya saja.

3. Selepas tu,  saring air tadi sehingga xda hampas daun.

4. Bolehlah bagi anak-anak minum begitu sahaja.

“Anak sya dari baby lagi dah sya bagi minum..alhamdulillah kahak akan keluar ikut najis dan kekadang mereka akn muntahkan kahak yg degil..sya pun minum juga sekiranya batuk dan kahak datang lagi”

Sumber : Orange Jus via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri

Ini pula perkongsian daripada Azian Buaian Kuntum via KGTTS berkenaan beberapa cara untuk manfaatkan daun origano ini. Jom fahaminya.

Bagus O R EG A N O india kata kawan i ni. Ubat batuk homemade. Org Melayu panggil pokok Bangun~bangun”

CARA 1
“Saya rebus je. 3 helai daun. 2gelas air. Bila air tinggal segelas tutup api. Suam sikit minum.minum 2 kali shari.”

CARA 2

“Cara kawan cina minum cam ni”

1. Ambil 4 atau 5 helai daun oregano .

2. Steam daun ni lepas tu perah air dia keluar.

3. Lepas tu tambah 1 teaspoon pure honey.

4. Jus yang diperah, bagi 2 kali pagi & malam.

Memang berkesan untuk batuk. Berkesan untuk anak2 daripada makan ubat batuk. Hanya minum jus tu satu hari dah pulih.”

Sumber: keluarga