“Kalau fikir benda tu lawak, ia masalah anda..”- Lelaki Ini Berdebat Dengan Menteri Agama Isu Menegur Tongkat Khutbah.

Semasa Tempatan

Semalam heb0h dilaman media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi teguran berkenaan isu tongkat khutbah semasa hari raya tempoh hari.

Beliau menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keser1usan dan bukan menjadi bahan lawak.” tulis beliau.

Pendapat yang berbeza

Namun,lain pula pendapatnya dengan seorang lelaki ini yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr.Zulkifli dan mereka dilihat saling berbalas posting di laman twitter.

“Ni juga joyk1ller. Kita musim PKPB pun masih tak paham2 orang ada kekangan banyak benda.”

“Dia ingat suka2 kot orang ikhtiar macam2 nak bagi khutbah dan solat berjalan dengan sah?”tulisnya

Susulan daripada pertanyaan itu, Dr.Zulkifli telah mengulas dengan lebih lanjut kepada lelaki tersebut.

“Khutbah dan solat tetap sah tanpa tongkat. Jika ada kekangan untuk dapatkan tongkat, tidak perlu tongkat. Saya yakin kita sama-sama bersetuju bahawa matlamat khutbah adalah mesejnya, bukannya tongkat yang dijadikan bahan gurauan.”

Masih lagi tidak sependapat dengan Menteri Agama,lelaki tersebut meninggalkan komen sedemikian.

“Mereka tak gurau pun. Dah kebetulan itu je ada dan niatnya adalah untuk tongkat, sapa kita nak pertikai niat orang? Saya sendiri belit besi dengan kain semlam. Dan saya tak pikir benda tu lawak pun.Kalau anda pikir benda tu lawak tu masalah anda la.”

Saya tidak pertikai niat sesiapa,teguran saya umum

“Cuba baca semula tweet pertama saya. Saya tidak pertikai niat sesiapa. Ianya cuma nasihat umum. Ya, anda juga tidak tahu mereka bergurau atau tidak. Terima kasih atas keprihatinan.”

Elak beri fatwa perkara yang samar2

“Ya, jadi elak beri fatwa dalam perkara samar2. Orang pakai pendapat kita, kena fikir implikasi fatwa.

Kita berada dalam norma baru. Jadi pilih2 untuk respon. Bukan semua benda spt ni.

Anda menteri, bukan lagi mufi. Beri polisi kerajaan yang berimpak. Itu umat mahu.”

Fatwa diberikan pada hal yang samar

“Boleh rujuk definisi fatwa. Fatwa diberikan pada hal yg samar. Adapun dari sudut perundangan, ia hanyalah satu bentuk pandangan hukum, bukan fatwa. Polisi telah saya nyatakan sejak hari pertama. Jemput teliti semula. Untuk dokumen lengkap, insya-Allah dalam masa terdekat.”

Rata-rata netizen setuju dengan pendapat Menteri Agama

Doktor tak perlu reply lagi, susah nak berdebat dengan orang b0**h

Tongkat khutbah bukan bahan lawak – Dr Zul

ZULKIFLI Mohamad Al Bakri. FOTO Mohd Fadli Hamzah

TERDAHULU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai satu bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak.

Gelagat Segelintir Jadikan Tongkat Khutbah Sebagai Bahan Lawak ...

“Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, solat ​​hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.

Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.

Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat.

 

Sumber : Twitter, Harian Metro, utusanrimbabara