” Dengan cara itu, saya dapat membuatkan isteri tersenyum” – Komen Hairul Azreen Mengenai Isu Video ‘ Buat Anak’.

Hiburan

Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen mengakui tidak mengambil pusing mengenai kritikan dilemparkan oleh orang ramai di media sosial terhadap video yang dikongsikan baru-baru ini.

Menurut Hairul, video yang dikongsikan itu adalah gurauannya dengan isteri, Hanis Zalikha dan tidak mempunyai sebarang niat seperti yang diperkatakan.

“Itu sebenarnya cara saya bergurau dengan isteri kerana niat saya membuat video tersebut untuk membuatkan dia gembira selepas dua minggu saya berada di lokasi penggambaran.

“Mungkin saya tak mampu untuk mengembirakan hati semua orang tapi dengan cara itu, saya dapat membuatkan isteri tersenyum.

“Kalau orang diluar sana terguris hati, apa yang saya boleh katakan kerana kita tak boleh nak menggembirakan hati semua orang.

“Bagi saya, netizen bebas untuk berkata apa pun kerana kalau mereka bagi saya duit makan, saya okey dan boleh dengar cakap mereka,” katanya kepada Gempak.

Hairul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan Hanis sebagai duta Happikiddo, di Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sebelum ini, sepotong video yang dikongsikan oleh Hairul di Instagram telah menerima kritikan orang ramai di media sosial selepas dia mengusik Hanis ingin mendapatkan anak ketika.

 

 

 

 

 
 
 
View this post on Instagram
 

 

 

 

 

 

 
 

 

 
 

 

 

 

 

 

Pesanan utk isteri tercinta @haniszalikha 💕 wish me luck shooting film @wira_2019 #Wira #Wira2019

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

sumber : Astro gempak