
Bayi seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan secara normal.
“Isteri Nubhan Ahamad, Dr. Afifah HidayahTawfek telah selamat melahirkan bayi lelakiyg comel seberat 3.40kg dengan kaedahnormal tepat jam 2.05 am 19.1.19.
“Bayi yg baru di lahirkan ini adalah anak kedua pasangan ini selepas mendapat anak sulong perempuan bernama Aafiya.
“Masih belum ada nama yang sesuai, baby ini hanya di gelar ‘baby cikmad’ . Terima kasih atas doa semua. Bayi dan ibu sihat. Terima kasih,” tulisnya.

Nubhan yang secara kebetulan selesai melancarkan single terbaharu, Selama Jalan Cinta pada sehari sebelumnya.
Sehingga kini, menurut penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim keenam itu, bayi berkenaan hanya dipanggil dengan gelaran Cikmad.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aafiya Kamilia, satu tahun.
Tahniah dari MH, semoga kehadiran cahaya mata baru ini memberi lebih kebahagiaan buat keluarga Nubhan.
Foto : Facebook Intan Becky & Instagram Nubhan Ahamad
sumber: MH