“Dia Ke Hulu Ke Hilir Nampak Resah” – Rakan Menceritakan Perangai Pemandu Ambulans.

Lawak & Seram

“KETIKA berselisih menunggang motosikal di kampung, semalam, saya dan Hafidz hanya sempat melambaikan tangan dan tak sangka hari ini dia pergi buat selamanya,” kata Mohd Suhaimi Md Said, 61, jiran sekampung kepada pemandu ambulans, Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37, yang m4aut dalam kemalang4an di Kilometer 368.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran Slim River, awal pagi tadi.

Mohd Suhaimi berkata, mangsa sudah tiga tahun menyewa di Kampung Jaya, di sini, dan mempunyai tiga anak perempuan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim di tahun satu, dua dan lima .

Katanya, dia sering minum di kedai bersama arwa4h tetapi semalam hanya sempat melambaikan tangan disebabkan kesibukan kerja seharian.

“Arwah berasal dari Baling, Kedah dan isterinya berasal dari FELDA Gunung Besout 4 dan difahamkan arw4ah bercadang pulang ke Baling hari ini kerana sudah mengambil cuti untuk menziarah keluarga.

“Petang semalam, ramai rakan isteri arw4ah berada di rumah untuk minum petang dan maklumkan arw4ah kelihatan tidak duduk diam ke hulu, hilir seperti keresahan. Tak sangka pula ini petanda dia akan pergi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, arw4ah memang seorang peramah dan mudah mesra dengan orang ramai di kampung itu dan kehilangannya sudah pasti dirasai.

Sementara itu, Mohamad Wahid, 64, iaitu jiran kepada pesakit m4aut, Azizah Dollah, 66, berkata arwah tinggal di FELDA Gunung Besout 2 dan sudah 36 tahun mengenali arwah.

Katanya, arwah sebelum ini mengidap penyakit kencing manis dan dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit.

“Dulu arw4ah memang aktif dalam aktiviti penduduk tetapi selepas sakit, dia sering duduk di rumah sahaja.

“Saya terkejut menerima berita kematiannya kira-kira 10 pagi tadi dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Hilang Kawalan

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, pihaknya menerima maklumat mengenai ke3jadian jam 6.42 pagi membabitkan kenderaan jenis ambulans Hospital Slim River.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, ambulans itu dipercayai hilang kawalan sebelum terb@abas hingga mel@anggar besi pembahagi jalan dan terdapat lima ma@ngsa dalam kenderaan.

“Maklumat awal k3emalangan mengakibatkan pemandu dan pesa@kit wanita dewasa m@aut di lokasi kejadian.

“Tiga lagi ma@ngsa iaitu seorang doktor, jururawat dan seorang pembantu pemandu c3edera dalam ke3jadian ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bomba kemudian bertindak mengeluarkan semua m#angsa dan menyerahkan m#angsa yang maut kepada polis untuk tindakan lanjut.

“M#angsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk r@awatan lanjut.

“Operasi meny3elamat tamat sepenuhnya jam 8.17 pagi,” katanya.

Sumber Bharian