Dia Pemalu Dan Penakut , Tidak Masuk Akal Dia Keluar Sendiri Pada Waktu Malam – Ibu Nora Anne

Kuala Lumpur, 8 Ogos – Setelah lima hari hilang tanpa khabar berita, keluarga remaja istimewa, Nora Quoirin, 15 membuat kenyataan bahawa mereka percaya remaja tersebut diculik.

Salah seorang ahli keluarga berkenaan menyedari kehilangan remaja berkenaan pada jam 8 pagi, Ahad lalu setelah mendapati remaja berkenaan tiada dibiliknya dan tingkap berada dalam keadaan terbuka.

Dalam kenyataan oleh ibu saudara mangsa, Éadaoin Agnew, peristiwa ini merupakan insiden yang traumatik buat mereka sekeluarga.

“Meabh dan Sebastian (ibu bapa Nora) sedang terlalu bersedih untuk memberi sebarang kenyataan.

“Kami berterima kasih kepada Lucie Blackman Trust atas sokongan berterusan mereka. Tetapi kami mesti terus berharap. Kami mengharapkan semua untuk sentiasa mengingati Nora dan terus membantu proses pencarian.

“Nora masih belum ditemui dan dia sangat memerlukan perlindungan. Kami perlu lakukan apa sahaja untuk membawanya pulang ke rumah.”

Nora bersama kedua-dua ibu bapanya, Meabh dan Sebastian tiba dari London ke Seremban pada Sabtu lepas untuk percutian selama dua minggu mereka di negara ini.

Kredit: Belfast Telegraph

Sementara itu, datuk remaja berkenaan, Sylvain Quoirin berkata kepada BBC, tidak masuk akal bagi seorang remaja istimewa seperti Nora untuk menghilangkan diri secara sendirian.

“Dia seorang remaja perempuan yang sangat pemalu dan penakut.

“Sungguh tidak masuk akal dia akan keluar sendiri pada waktu malam, anda boleh kecualikan kemungkinan itu,” kata datuknya.

“Dia merupakan seorang yang perlu sentiasa dilindungi. Teori dia keluar seorang diri adalah tidak sah.

Sementara itu menurut The Sun UK, datuk Nora berkata,

“Pada waktu pagi, tingkap terbuka dan dia hilang. Setelah penerbangan 18 jam dan perbezaan masa hingga tujuh jam, anda pasti akan tidur lena, bukan keluar berjalan pada waktu malam.

“Semua orang tidur dalam kepenatan, dan pada waktu pagi Nora tiada.”

Polis tidak menolak sebarang kemungkinan

Seorang penduduk sekitar merakam gambar seorang pelancong dari Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilekatkan di sekitar kawasan Kampung Pantai ketika tinjauan sekitar kawasan tersebut hari ini. (Gambar: Bernama)

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman berkata selain Polis Diraja Malaysia berkata, mereka masih belum mendapat petunjuk terbaru mengenasi kehilangan Nora. Kehilangan remaja tersebut diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Menurut laporan BBC, Zakaria menambah pihaknya menemui beberapa cap jari pada cermin bilik Nora dan kenyataan telah diambil dari 20 individu. Namun tiada maklumat lanjut diberikan.

Apabila ditanya pendapatnya adakah Nora boleh bertahan hidup di dalam hutan, Zakaria berkata,

“Saya tidak pasti. Saya tidak tahu imuniti tubuhnya.

“Orang asli di sini boleh minum air di sini setiap hari, tetapi dia, saya tidak tahu,” katanya.

Sehingga hari ini, 200 orang indvidu terlibat dalam pencarian termasuk skuad skuba, dibantu anjing pengesan, helikopter dan drone.

Pencarian turut dibantu oleh Orang Asli tempatan yang arif tentang selok belok hutan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Seremban di talian 24 jam, 06-761 9999.

Image result for nora anne hilang

Berikut kronologi kehilangan remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan:

  • 3 Ogos 2019 – Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.
  • 4 Ogos 2019 – Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.
  • 4 Ogos 2019 – Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja Ireland itu.
  • 4 Ogos 2019 – Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
  • 5 Ogos 2019 – Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.
  • 5 Ogos 2019 – Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
  • 5 Ogos 2019 – Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • 5 Ogos 2019 – Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.
  • 5 Ogos 2019 – Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan kehilangan Nora Anne sebagai kes penculikan seperti dilaporkan media asing. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang.
  • 6 Ogos 2019 – Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • 6 Ogos 2019 – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi sendiri mengenai kehilangan Nora Anne.

Sumber: BBC, The Sun , siakap keli, malaysia kini

error: Content is protected !!