“Dia Pose Tepi Kubur Je, Awak Dulu Tayang Badan..”- Azza Elite Beri Nasihat, Namun Di Ungkit Hal Lampau

 

Pelakon dan penyanyi Azza Elite kesal apabila teguran terhadap beberapa model posing di tanah perkuburan menerima kecaman netizen yang mengungkit cara pemakaiannya dahulu. Pemilik nama Nor Azzarima binti Zawari, 41, berkata teguran itu dibuat dengan niat memberi nasihat dan meminta individu itu berubah ke arah lebih baik.

“Bahagian spin (putar) nombor satu kalau tegur saja kena kait kan dengan benda dulu ke? Kita bagi nasihat berharap orang yang dinasihat itu berubah. Sebab kita pun ada yang bagi nasihat agar berubah ke arah yang lebih baik. Tujuh tahun dah berubah, tak mahu pandang belakang,” tulisnya di Instagram.

Azza memuat naik sebuah posting memaparkan paparan skrin menunjukkan seorang individu cuba mengungkit perihal lampaunya di ruangan komen laman sosial.

Sementara itu, Azza mengakui dirinya juga hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, namun bersyukur sudah diberi kesedaran untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dalam pada itu, Azza juga bertanggungjawab untuk mengingatkan umat Islam lain agar tidak melalui perkara sama yang akhirnya membawa kepada pengakhiran tidak baik.

“Maka Alhamdulillah ada perubahan dalam diri kita. Perlahan-lahan dan kadang-kadang masih lagi buat salah tapi ada saja yang beri nasihat maka saya ambillah nasihat untuk kebaikan diri sendiri. Itu nama kesilapan. Kita dakwah supaya orang lain tak buat macam yang kita buat,” tulisnya.

Sebelum ini, Azza meluahkan rasa kecewa selepas sebuah foto tular menyaksikan beberapa model sedang menjalani sesi penggambaran mengenakan baju pengantin di tanah perkuburan bukan Islam. Rakan selebriti lain seperti Harith Iskander dan Yatt Hamzah juga turut menyuarakan pendapat mereka berkenaan dengan kes penularan foto tersebut di media sosial.

Secara umumnya, manusia sentiasa sibuk memajukan diri dan tidak pernah berhenti mengejar arus kemodenan dalam bidang sains dan teknologi. Perkara ini memberikan kesan dan impak yang mendalam terhadap corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama, budaya dan gaya hidup. Dunia fesyen juga turut menerima tempias arus kemodenan dan kemajuan dunia yang menuntut manusia konon-kononnya perlu tampil selari dengan ruh kemodenan yang berlaku masa kini.

Kredit&Sumber: IG Azza Elite & Mstaronline

error: Content is protected !!