Dia Punya Toleh Tu Memang Epik! – DJ Tercengang, Dengar Suara Merdu Gadis Menyanyi Lagu Cinta.

Resepi Santai

Pernahkah anda merasai pengalaman jatuh cinta pandang pertama? Adakah ia benar-benar wujud atau sekadar idea fantasi semata-mata? Lebih mengelirukan lagi, bagaimana anda tahu ianya adalah cinta pandang pertama sedangkan anda belum pernah melaluinya sebelum ini…

Individu cenderung untuk jatuh cinta pandang pertama dengan orang yang cantik/kacak
Kaum lelaki lebih cenderung mengalami cinta pandang pertama berbanding wanita

Kedua-dua pasangan tidak akan jatuh cinta pandang pertama secara serentak
Cinta pandang pertama sebenarnya bukan ‘cinta’. Kajian melaporkan kualiti yang melambangkan cinta seperti keintiman, komitmen dan keghairahan muncul secara lemah pada golongan yang jatuh cinta pandang pertama ini berbanding pasangan yang mempunyai hubungan kukuh

Ada juga yang berpendapat bahawa cinta pandang pertama berlaku pada bila-bila masa sahaja dan kajian menunjukkan 60% individu pernah melaluinya. Sebagai contoh, Putera Harry pernah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa beliau tahu Meghan Markle tercipta untuknya ketika ‘pertama kali mereka bertemu’.

Baru-baru ini, tertularnya satu video di Twitter yang berjaya merakamkan detik seorang lelaki ‘jatuh cinta pandang pertama’ sebaik sahaja mendengar suara gemersik seorang wanita. Insiden ini menjadi buah mulut orang ramai kerana reaksi spontan yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan betul-betul menghiburkan!

 

 

Bukan sahaja tergamam, ‘Abang DJ’ ini juga kelihatan membeliakkan matanya dan terus mencapai telefon untuk merakamkan persembahan nyanyian Dalia. Tidak dinafikan nyanyian Dalia sememangnya merdu dan mengasyikkan tetapi ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh lelaki itu sungguh epik!

Twitter

Tidak pasti apa agaknya perasaan si Abang DJ apabila mendengar suara merdu Dalia itu. Terkesima barangkali? Apa-apa pun, reaksi wajah Abang DJ yang kelihatan sangat jujur benar-benar membuatkan kita semua terhibur melihatnya…

Video di Twitter ini berjaya meraih 20,600 ‘retweet’ dan 16,100 ‘likes’. Ada segelintir pengguna Twitter yang memberikan pelbagai komen lucu mengenai gelagat Abang DJ itu.

Twitter

“Eleh terkejut sebab selalu suara katak sahaja cuba nasib nak nyanyi. Ini tiba-tiba muka cantik pula.”

“Detik apabila dia sedar yang dia sudah berjumpa pasangan sejatinya…”

Apa-apa pun, semoga Abang DJ berjaya menarik hati Dalia (jika kedua-duanya masih belum berpunya) hehehe

Sumber: nepalivibes