Diarah Bayar Gantirugi RM230k, Kisah Dr. Sakinah & Doula Masyitah Jadi Perhatian

Hari ini, nama Dr Sakinah menjadi sebutan di media sosial sehinggakan jadi nombor satu trending di laman sosial. Rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati kepada Dr Sakinah kerana dibebani jumlah gantirugi RM230,000 yang diarahkan untuk membayar kepada Doula Masyitah Md Hassan.

Seperti yang dimuatnaik melalui posting Facebook Muhammad Zaki Omar, Doula Masyitah (Doulamas) menang tuntutan s4man f1tnah ke atas Doktor Sakinah dan  sesi pendengaran keputusan s4man f1tnah berlangsung pada hari Isnin 26 Oktober 2020.

Mahkamah mendapati  Dr Sakinah telah memuatnaik pernyataan f1tnah terhadap Doulamas berdasarkan posting Facebook beliau pada 7, 8 dan 12 Feb 2018.

Seperti yang dinyatakan dalam posting tersebut, sebelum ini Dr Sakinah dikhabarkan menvduh Doulamas terlibat dalam kejadian kel4hiran di rumah pada 4 Feb 2018 serta merungkai tvduhan yang mengaitkan Doulamas dengan kem4tian bayi tersebut.

Dipetik dari BH Online, tvduhan itu berikutan dari penul4ran berita kem4tian seorang bayi yang baru dilahirkan dan disyaki ada kaitan dengan amalan khidmat doula di sebuah rumah di Johor Bahru.

Amalan ‘homebirth’ itu didakwa menyebabkan bayi yang baru lahir dikatakan mninggal dunia akibat k0mplikasi ketika kel4hiran yang kononnya berlaku di bawah pengawasan doula.

Walaubagaimanapun, Doulamas berkata keputusan ini memberi pengajaran kepada  semua orang semua untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar dan tidak dipastikan kesahihannya terlebih dahulu.

“Semoga keputusan ini memberi pengajaran kepada kita semua untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar dan tidak dipastikan kesahihannya terlebih dahulu.”- tulisnya di facebook.

“Yang menyaman belum tentu benar” – Dr Sakinah

Pada awal tahun 2019, Dr Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya memberi peringatan masyarakat agar sentiasa memilih kel4hiran selamat selaras dengan matlamat Sustained Development Goal.

“Seperti yang ramai maklum, ia rentetan satu pendedahan saya yang tular pada tahun lalu mengenai satu kes kel4hiran tidak selamat yang berlaku di kawasan jagaan saya. Mengambil tanggungjawab sebagai Pakar Perubatan Keluarga bagi kawasan terlibat, saya bertindak mendedahkan kes tersebut sebagai peringatan masyarakat agar sentiasa memilih kel4hiran selamat selaras dengan matlamat Sustained Development Goal. Apa yang telah dikongsikan adalah berdasarkan fakta hasil temuramah dan rekod perubatan pihak yang terlibat, yang tidak dapat saya pejamkan saja.

Saya akan tetap mempertahankan pendirian saya dan menganggap tindakan s4man ini adalah usaha pihak yang mempunyai kepentingan terselindung dan mahu mengaburi mata orang ramai. Yang menyaman belum tentu benar. Sekiranya inilah harga yang perlu saya bayar kerana mempertahankan kebenaran, maka saya teguh dan memilih kes ini untuk dibicarakan.”- tulisnya di facebook yang mendapat 1.5k perkongsian.

Susulan dari kes menang s4man Doulamas, rata-rata netizen menunjukkan tanda sokongan kepada Dr Sakinah sehingga sebuah tabung sumbangan atas nama akaun Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia diwujudkan.

Kebanyakkan mereka meluahkan rasa simpati dengan nasib Dr Sakinah dan rela untuk menyumbang wang kepada beliau untuk mengurangkan beban membayar gantirugi tersebut.

Namun begitu, di pihak Doula Masyitah pula ini yang di muat naik di laman sosial facebook.

 

Sumber: Murai.my, BHOnline, Twitter, Facebook 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.