Digelar Budak Perempuan Tercantik Dunia, Model Cilik 6 tahun Dari Nigeria Muncul Dalam Majalah Vogue Paris.

Hiburan

Seorang gadis cilik menjadi perhatian pengguna internet di seluruh dunia kerana mempunyai rupa paras yang menarik.

Mana tidaknya, dia kelihatan hampir sama seperti patung. Gadis comel ini dan dua lagi kakaknya turut menjadi topik bualan hangat di internet

 

Walaupun masih kecil, dia mempunyai ramai peminat dewasa yang mengagumi rupa paras dan bakatnya. Seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa dari Lagos, Nigeria telah memuat naik beberapa gambar Jare di laman web, yang kemudiannya menerima ribuan like dan komen.

 

 

 
 
 
View this post on Instagram
 

 

 

 
 

 
 

 

 

She still remains our very own Black Barbie JARE @the_j3_sisters Hair by @hairkarved Styled and photographed by @mofebamuyiwa #kids #childart #mofebamuyiwa #bmbstudio #blackbarbie #dollface

A post shared by BMBSTUDIO (@mofebamuyiwa) on

“Saya boleh membuatkannya tersenyum dan tertawa tetapi saya mahukan dia di dalam keadaan bersahaja di mana ia membolehkan kita lihat keindahan menerusi sepasang matanya. Apa yang saya mahukan adalah semua orang dapat melihat potensi dan bakat Jare… Saya mahu gambar-gambar itu ‘berbicara’ dengannya ketika dia dewasa kelak”, kata Mofe.

Mofe mula mempelajari fotografi ketika dia sedang sibuk merakamkan keindahan dan kecantikan orang-orang di Afrika dan Nigeria. “Saya banyak menukarkan aspek kelemahan kepada kekuatan dan menjadikannya ilham”, tambahnya.

 

 

 
 
 
View this post on Instagram
 

 

 

 
 

 
 

 

 

J A R E @the_j3_sisters CHILDREN ARE A GIFT FROM HEAVEN. I’m pretty excited and elated about my new style of child portraiture . Before I thought of Photographing the @the_j3_sisters , I have had frivolous ideas of how I can make artsy portraits of kids And do away from the norm . The opportunity came and I had to take a bold step to express my ideas of how I want to take portraits of kids. I want to portray the interception between her childhood and adulthood so both stay timeless ! We continue to the next post TEAM Make up by Dammy of @iposhlooks Creative style direction @mofebamuyiwa Hair by @totalshopwigs Hair styled by @hairkarved Styled by @styledbyseun Assisted by @adebimpe_aj @ernest_chuxx @official_bigjosh #bmbstudio #bmbphotography #mofebamuyiwa #kids #kidsphotography #artsy #love #light #childphotographer #familyphotography

A post shared by BMBSTUDIO (@mofebamuyiwa) on

“Saya sangat teruja dan terkejut kerana sudah sekian lama saya memegang kamera, saya tidak pernah menjangkakan ini akan berlaku dan saya amat bersyukur dan sanggup bekerja keras untuk menjadi yang lebih baik untuk masa akan datang. Ya, Jare merupakan insan dan seperti ‘malaikat’ juga” katanya. Kini, masa depan Jare sungguh cerah.

Dua orang lagi kakaknya, Jomi yang berusia 7 tahun dan Joba yang berusia 10 tahun turut bersama-sama menceburi bidang peragaan bersamanya. Ibu mereka yang begitu berbangga dengan pencapaian anak mereka juga telah membuat akaun laman rasmi mereka yang dikenali sebagai The J3 Sisters, dan ianya telah menerima 128,000 pengikut! “Cantik! Kekal begini ya dan jangan biarkan populariti menguasai diri”, tulis seorang peminat.

Trio comel ini memperagakan koleksi pakaian daripada sebuah jenama mewah khas untuk kanak-kanak perempuan iaitu Princess Ford Haute Couture. Jenama berkenaan bermatlamat untuk mencipta pakaian yang tidak akan dilupakan selain menjadikan pemakainya berasa istimewa…membuatkan kanak-kanak perempuan lain yang melihat mereka juga mahu mendapatkannya.

 

 

 
 
 
View this post on Instagram
 

 

 

 
 

 
 

 

 

SIBLINGS LOVE. #sisters #brandinfluencers #childmodels #fashionkids #models Captured by @m12photography

A post shared by Joba, Jomiloju & Jare Ijalana (@the_j3_sisters) on

Sebelum ini Thylane Blondeau, yang kini berusia 17 tahun dari Perancis, dikenali sebagai ‘gadis paling cantik di dunia’ apabila gambarnya diterbitkan dalam majalah Vogue Paris.

Blondeau berusia 6 tahun ketika dia mula mencipta kemasyhuran, hanya dua tahun selepas dia mula kerjayanya. Pada tahun 2017, di usia 16, dia menjadi duta jenama L’Oréal dan disenaraikan di dalam video ‘The 100 Most Beautiful Faces of 2018’.

Jadi adakah Jare akan mengikut jejak langkah yang sama seperti Thylane? Sama-sama kita lihat. Walau apa yang berlaku, diharapkan agar Jare akan kekal membawa identiti dan budaya warisannya ke peringkat yang lebih tinggi selain menggunakan bakat dan kecantikan yang dimiliki untuk membantu insan lain.

Sumber: NAIJ