“Dik, Abang Pelajar UPM..”- Kerana Di Pandang Rendah Bekerja Kedai Buku, Abang Cashier ‘Sekolah’kan Pelanggan.

Nasihat & Panduan Santai Semasa

ADA sesetengah berpendapat adab seseorang itu bermulanya dari rumah.

Ayat ‘mak bapak tak ajar’ sudah sinonim jika kanak-kanak atau remaja berkelakuan bi4d4p.

Mungkin tidak sepenuhnya ia seperti ungkapan itu, namun hakikat sebenar memang tidak boleh dinafikan.

Berkongsi pengalaman mengenai ment4liti memandang rendah kepada orang lain, Ahmad Firdaus Ezani ada ceritanya.

Pemuda berusia 21 tahun yang merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Ijazah Sains Mikrobiologi ini memberitahu, sikap golongan dewasa yang mudah menilai mempengaruhi ment4liti remaja.

 

 

Tindakan Af turut mendapat komen-komen positif daripada netizen.

“Ketika cuti semester tahun lalu, saya bekerja di kedai ibu yang menjual buku dan alat tulis.

“Ketika duduk di kaunter ada seorang pelanggan wanita datang dengan anaknya yang belajar di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).

“Tiba-tiba dia ada cakap ‘adik kena belajar elok-elok, nanti jadi macam abang ni, kerja kedai macam ni jer’.

“Ketika mereka nak bayar saya cakap, “Dik, I’m a second year bachelor degree student of Microbiology in University Puta Malaysia, second best university in Malaysia. Now, i’m in my semester break. Dekat MRSM ada subjek pendidikan sivik kan… belajar elok-elok. Balik rumah ajar mak adik sekali tau? Boleh?”.

“Mendengar kata-kata saya, wanita itu terus tinggalkan kedai dalam keadaan malu,” jelas Ahmad Firdaus atau lebih mesra dipanggil Af.

Menurut Af, sikap ibu bapa kadang-kala memberi kesan kepada anak-anak mereka.

“Pengalaman saya setakat ini, rata-rata yang mempunyai perangai tersebut adalah orang Melayu.

“Mereka nampak orang di kelas bawahan akan bekerja di kelas bawahan.

“Sebagai pelajar, saya lebih berminat bekerja di sektor kelas bawahan kerana mempunyai peluang yang lebih besar,” jelasnya yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

 

Firdaus menghabiskan cuti semester dengan membantu ibu di kedai buku dan alat tulis. Gambar hiasan.

Tambah Af, sikap yang ditunjukkan itu merupakan sesuatu yang tidak baik.

“Pada mulanya tak kisah, tetapi apabila selalu terkena, saya fikir sesuatu perlu dibuat untuk ‘educate’ mereka yang mempunyai sikap suka menilai dan merendahkan orang lain.

“Saya berharap setiap orang perlu lebih menghormati orang lain, rendahkan diri sedikit daripada kedudukan sendiri,” tambahnya.

sumber  : Mstar