“Dik Tolong Hantar Pakcik Ke TBS Boleh, Pakcik Ke Masjid Nak Bermalam, Tapi Kena Halau

Santai Semasa

Dalam kegembiraan kita menyambut Hari Raya AidilAdha, masih ada lagi insan yang tidak bernasib baik. Dalam pada itu, masih ada yang baik hati memberi bantuan untuk seseorang itu meneruskan kehidupannya.

Kisah yang menyentuh perasaan ini dikongsikan oleh seorang lelaki di laman Facebook, Ajak Santero mengenai seorang lelaki berusia sekitar 50 tahun yang yang terkandas di tepi jalan sambil menggalas sebuah beg besar pada malam raya lalu.

“Tuhan dah atur jalan tu cantik”

Pusing kampung tanpa arah tuju jam menunjukkan jam 1am, terjumpa seorang pakcik dalam linkungan 50an dengan beg galas tepi jalan berdekatan masjid tmn medan sedang melambai menahan kenderaan.. kitaorang bertiga pun behenti, bertanya sebab.

“dik tolong anta pakcik ke TBS bole, pakcik nak balik ipoh. tak ada kenderaan waktu cm ni utk pakcik ke tbs. tadi pakcik ke masjid utk bermalam lepas tu orang halau pakcik keluar”

membe dah buat muka terkejut kes halau keluar dari masjid.

aku mencelah tanya pakcik tu

“aik kenapa pula orang masjid nak halau, bukan bole ke masjid utk orang musafir tido?”

“tak tahu la. pakcik kena halau keluar. kata nya limit sampai 11malam je”

membe fikirkan kasihan, balik la uma amik helmet. terus enjut ke tbs. alhamdulillah selamat sampai..

bila sampai destinasi terus pakcik tu sendu, nangis nangis esak bhai. membe aku tanya kan duit belanje, pakcik tu cakap ada ada, tapi membe tetap hulurkan duit belanja.

betul la kata membe aku, musafir ni ada duit sekalipun sampai bila je mampu bertahan. masa kitaorang nk gerak terus pakcik cakap

 

“TERIMA KASIH DIK. SELAMAT HARI RAYA, HATI HATI BALIK. JUMPA KITA DI SYURGA”

moga murah rezeki buat kita semua 

 

Sumber: Ajak Santero /siakap keli